Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan (pokok) yg buahnya berulas-ulas dan boleh dimakan, a) Artocarpus heterophyllus; b) Artocarpus integer; orang makan ~, awak kena getah prb orang lain yg berbuat salah, kita yg mendapat kesu­sahan (menanggung akibatnya); siapa makan ~ maka kena getahnya prb siapa yg berbuat salah dialah yg menanggung hukuman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nangka I

Puisi
 

Dari cempedak baiklah nangka,
     Nangka juga panjang tangkainya;
Dari budak baiklah janda,
     Janda juga banyak akalnya.


Lihat selanjutnya...(40)
Peribahasa

Seorang makan cempedak (= nangka),
     semua kena getahnya.

Bermaksud :

Seorang berbuat salah, semuanya dianggap bersalah juga; seorang mendapat kesenangan, orang lain mendapat kesusahannya. (Bandingkan dengan: Lain orang yang makan nangka, lain orang kena getah).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
seri kaye[s«.Äi kA.j«] sejenis kuih daripada telur, santan, gula pasir atau gula melaka dan daun pandan (boleh dicampur buah nangka yang didadu dan lain-lain) yang dikukus dan dimakan begitu sahaja atau dengan roti dan lain-lain.   
loho[lo.ho]kata adjektifbusuk, lodoh (buah).Dibiyanye buwah nangke tu tepi dapo sampai abes loho.[di.bi.jA.ø« bu.wAh nAN.k« tu t«.pi dA.po sAm.pAj A.bes lo.ho]Dibiarnya buah nangka itu di tepi dapur hingga habis busuk.
bagi dilayat[bA.gi di.lA.jAt] rasa pedih di bahagian hulu hati.Banyak makan nangke pedeh ati bagi dilayat.[bA.øA/ mA.kAn nAN.k« p«.deh A.ti bA.gi di.lA.jAt]Banyak sangat makan nangka, terasa pedih di bahagian hulu hati.

Kembali ke atas