Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ni.pah] | نيڤه

Definisi : sj tumbuhan (palma yg daunnya dibuat atap atau daun rokok), Nipa fruticans. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ni.pah] | نيڤه

Definisi : nama sj pokok palma yg daunnya boleh dibuat atap dll, Nipa fruticans. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nipah

Puisi
 

Tetak nipah susunnya nipah,
     Tetak kumati berdiri-diri;
Duduk susah berdiri susah,
     Memikirkan badanku tinggal sendiri.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Hilir malam mudik tak singgah,
     daun nipah dikatakan daun labu.

Bermaksud :

Malas berusaha tentulah susah; segan bertanya sesat jalan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
sepat[s«.pAt]kata kerjamengupas kulit ari pada bahagian-bahagian tumbuhan.Nak buat daon rokok, sepat dulu kulet ari pucok nipah sebelom kite keringkan.[nA/ bu.wAt dAon Äo.ko/ s«.pAt du.lu ku.let A.Äi pu.tSo/ Untuk membuat daun rokok, hendaklah dikupas kulit ari pucuk nipah sebelum dikeringkan.
burasak[bu.ÄA.sA/]kata namasejenis makanan daripada beras yang dibungkus dengan daun pisang muda sebaik-baiknya dengan daun pisang nipah. Selepas dibungkus, makanan ini disusun bertindih-tindih, direbus dengan santan selama lima atau enam jam. Makanan ini istimewa untuk orang ketur   

Kembali ke atas