Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[o.lah] | اوله

Definisi : 1. cara (berbuat sesuatu), akal (daya upaya, tipu daya), laku, tingkah: bagaimana ~nya hendak menjadi kaya cepat? 2. per­buatan, buatan, kerja: ini sudah tentu ~ anak saya; bukan ~ bukan buatan, bukan main; 3. per­buatan yg aneh-aneh, canda, tingkah: orang tua yg banyak ~nya; olah-olah; bukan ~ bukan buatan, bukan main­an; seolah-olah seakan-akan, selaku, seperti: me­langkah indah, ringan, cepat ~ tak ber­pijak di lantai; berolah 1. berbuat (berperangai) yg aneh-aneh, bercanda, bertingkah: isterinya ~ pula, apa lagi mertuanya; 2. berbuat sesuatu utk mengabui mata, mengenakan tipu muslihat, dll; memperolahkan 1. mempermainkan, mem­per­olok-olokkan, mempersendakan; 2. mem­perdayakan, menipu; olahan suka berperangai, suka bertingkah: se­orang laki-laki yg keterlaluan ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[o.lah] | اوله

Definisi : ; mengolah mengerjakan sehingga menjadi sesuatu yg lain (yg dapat digunakan, lebih sempurna, dll): getah dan bijih yg di­keluarkan di negeri ini dihantar keluar utk diolah; cerpen yg diolah drpd perben­da­haraan lama; ~ bahan mentah mengerjakan bahan-bahan mentah supaya menjadi barang yg boleh digunakan dll; ~ tanah mengerjakan tanah utk ditanami; olahan cara mengolah atau diolah: dgn itu susunan dan ~nya amat penting, agar dapat bahasa itu menjalankan tugas-tugasnya; pengolahan perihal (usaha, perbuatan, dsb) mengolah: Belanda memasuki perkebunan itu dan menjalankan tugas ~ kelapa sawit; kejayaan cerita ini ialah kerana keberanian pengarangnya dan ~nya yg segar; pengolah orang yg mengolah, alat utk meng­olah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[o.lah] | اوله

Definisi : 1 cara membuat sesuatu; akal; daya upaya: Apa ~nya supaya kita cepat kaya? 2 perbuatan; perangai: Orangnya sudah tua, tetapi banyak ~nya. berolah 1 berperangai yg aneh-aneh. 2 berbuat sesuatu utk memperdaya orang; menipu. memperolahkan mempermain-ma­in­­­­kan atau memperdaya. seolah-olah seakan-akan: Beliau melangkah ~ tidak berpijak di lantai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[o.lah] | اوله

Definisi : ; mengolah mengerjakan se­suatu (spt memasak, mengukir) se­hing­ga menjadi benda lain yg lebih sempurna. ~ bahan mentah memproses barang-barang mentah supaya men­jadi bahan yg dpt digunakan. ~ tanah mengerjakan tanah supaya dpt di­tanami. pengolahan perbuatan atau hal mengolah: Jepun dan negara-negara di Eropah menjalankan tugas ~ sebahagian besar drpd bahan mentah keluaran kita. ~ cerita ini kemas dan menarik. pengolah 1 orang yg mengolah. 2 alat yg di­gunakan utk mengolah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata olah

Peribahasa

Bukan mati kerana Allah,
     melainkan kerana olah.

Bermaksud :

Mendapat kecelakaan kerana banyak tingkah atau akalnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
miong[mi.joN]kata adjektifbingung, seolah-olah mati akal buat sementara disebabkan oleh sesuatu kejadian yang tidak disangka-sangka.Lepas orang rumah meninggal, beminggu-minggu die miong.[l«.pAs o.ÄAN Äu.mAh m«.niN.gAl b«.miN.gu.miN.gu di.j« Selepas kematian isteri, berminggu-minggu dia bingung seolah-olah mati akal.
melanos[m«.lA.nos]kata kerjamenangis seolah-olah petanda dapat adik (biasanya kanak-kanak kecil yang kononnya hendakkan adik).Anak engkau ni nangis, melanos agaknye.[A.nA/ «N.kAw ni nA.Nes m«.lA.nos A.gA/.ø«]Anak engkau ini menangis sahaja, agaknya menangis nak beradik.
bokbang[bo/.bAN]kata kerjamemandai-mandai seolah-olah dia yang lebih tahu.Kalau tak tau menau jangan nak bokbang sane sini.[kA.lAw tA/ tAu m«.nAu dZA.NAn nA/ bo/.bAN sA.n« si.ni]Kalau tidak tahu hal sebenarnya, jangan cuba hendak memandai-mandai.
telepek[t«.le.pe/]kata adjektifberkenaan sesuatu yang jatuh seolah-olah diletak.Beg duetnye telepek atas padang.[be/ du.wet.ø« t«.le.pe/ A.tAs pA.dAN]Beg duitnya jatuh terletak di atas padang.

Kembali ke atas