Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Sapu tangan penyapu tangan,
     Menyapu tangan anak Raja Cina;
Lah malang tangan celaka tangan,
     Di dalam tangan diambil orang pula.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Lah tampak jalan tempat lalu,
     lupa batu akan menarung.

Bermaksud :

Orang miskin setelah mendapat kebahagiaan lupa kepada bahaya yang mungkin mencelakakan dirinya. menarung = menyentuh, menyerandung.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
bingai[bi.NAj]kata adjektifbodoh sombong.Dah lah bingai sangat, menanye orang tak mau.[dAh lAh bi.NAj sA.NAt m«.nA.ø« o.ÄAN tA/ mAu]Sudahlah bodoh sombong, menanya orang pun tidak mahu.
tuje[tu.dZ«]kata kerjatuding.Kalau buat salah, jangan tuje orang laen.[kA.lAw bu.wAt sA.lAh dZA.NAn tu.dZ« o.ÄAN lAen]Kalau membuat kesalahan, jangan dituding kepada orang lain.
tak hemah[tA/ he.mAh] tidak ambil berat.Padanlah orang nyisehkan die, dah die tak hemah kat kewage.[pA.dAn.lAh o.ÄAN øi.seh.kAn di.j« dAh di.j« tA/ he.mAh kAt Patutlah dia disisihkan orang, dia tidak mengambil berat pada keluarganya.
ngelese[N«.le.se]kata kerjaberkelakuan manja kerana berhajatkan sesuatu; lentok kulai, liok lentai.Tengok orang besiap, mulelah die ngelese nak ikot.[te.No/ o.ÄAN b«.si.jAp mu.l«.lAh di.j« N«.le.se nA/ i.kot]Nampak orang sedang bersiap, mulalah dia berkelakuan manja supaya dapat ikut.
gandang[gAn.dAN]kata adjektifriuh atau bising contohnya apabila seseorang atau beberapa orang bercakap dengan nada yang kuat yang boleh menimbulkan kebisingan.Salah siket gandang bunyi mulotnye.[sA.lAh si.ket gAn.dAN bu.øi mu.lot.ø«]Salah sedikit sahaja, riuh rendah dan bising bunyi mulutnya.
beronai[b«.Äo.nAj]kata kerjaberjalan berderet-deret menuju ke sesuatu arah atau tempat.Asal orang nak jalan, beronailah engkau semue ngikot.[A.sAl o.ÄAN nA/ dZA.lAn b«.Äo.nAj.lAh «N.kAw s«.mu.w« ]Apabila kita hendak pergi berjalan, berderet-deretlah engkau semua mengikut.
buyau[bu.jAw]kata adjektifberkenaan perut dan lain-lain yang gelambir.Perotnye nampak buyau, maklumlah anak dah semilan.[p«.Äot.ø« nAm.pA/ bu.jAw mA/.lom.lAh A.nA/ dAh s«.mi.lAn]Perutnya nampak menggelambir, maklumlah anak sudah sembilan orang.

Kembali ke atas