Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.dan] | ڤندن

Definisi : sj tumbuhan (daunnya wangi atau berduri), Pandanus spp.; jenis-jenisnya: ~ duri, ~ hutan, ~ wangi; tikar ~ tikar yg dibuat drpd daun pandan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.dan] | ڤندن

Definisi : ; anjing ~ anjing yg merah bulunya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.dan] | ڤندن

Definisi : ; ikan ~ sj ikan laut, ikan kapas-­kapas, Gerres abbreviatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.dan] | ڤندن

Definisi : nama sj tumbuh-tumbuhan yg daunnya spt daun nanas tetapi lebih tipis dan berbau wangi, Pandanus spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pandan

Puisi
 

Mati terselit di bawah pandan,
     Pandan berbunga wanginya;
Baru berjumpa muka dan badan,
     Kiranya cincin akan tandanya.


Lihat selanjutnya...(61)
Peribahasa

Seperti kelopak pandan.

Bermaksud :

Keelokan seorang perempuan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kue coroh[ku.we tSo.Äoh] sejenis kuih yang dibuat daripada tepung gandum, santan, gula, daun pandan dan rempah seperti kayu manis, pekkak (bunga lawang) dan cengkih yang digaul rata sebelum dibakar.   
seri kaye[s«.Äi kA.j«] sejenis kuih daripada telur, santan, gula pasir atau gula melaka dan daun pandan (boleh dicampur buah nangka yang didadu dan lain-lain) yang dikukus dan dimakan begitu sahaja atau dengan roti dan lain-lain.   
kue kacau[ku.we kA.tSAw] sejenis kuih daripada keledek atau labu yang direbus, dilecek, dicampur gula, santan, daun pandan dan dimasak dengan api yang perlahan hingga pekat dan kental.   
bubo som-som[bu.bo som som] sejenis kuih daripada tepung beras yang dimasak bersama santan, sedikit garam dan beberapa helai daun pandan dan sebiji dua bunga cengkeh untuk perasa. Setelah pekat dituang dalam bekas atau acuan dan disejukkan untuk dimakan dengan air gula melaka atau g   
puteri salat[pu.t«.Äi sA.lAt] sejenis kuih daripada pulut yang dikukus bersama santan dan dilapis di atasnya dengan sejenis seri kaya, khususnya seri kaya pandan berwarna hijau, seri muka.   

Kembali ke atas