Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.da.ngan] | ڤندڠن

Definisi : 1. hasil perbuatan memandang: ia memusatkan ~nya pd gadis itu; mencuri ~ memandang dgn tidak diketahui orang; 2. apa yg terlihat (tergambar) di mata, hasil perbuatan memandang: dgn mendekatkan mata pd kanta itu, kita nampak satu ~ yg luas; wang hantaran ini dikeluarkan sahaja buat ~ orang ramai; 3. a) yg menjadi per­hatian: anak muda itulah yg menjadi ~nya; b) ki yg dihormati (dicita-citakan dll): dialah ~ orang di kampung itu; 4. anggapan, pen­dapat, tanggapan, fikiran: ~nya terhadap Aini tidak berubah; ~ hidup pendapat tentang hidup, falsafah hidup; ~ politik pendapat ter­hadap politik, falsafah politik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.da.ngan] | ڤندڠن

Definisi : 1 apa-apa yg dipandang; sesuatu yg dipandang. 2 hal memandang; renungan: Ia memusatkan ~nya pd pengemis itu. 3 apa-apa yg difikirkan ttg sesuatu; anggapan: ~nya terhadap masalah pendatang haram masih tetap tidak berubah. ~ darat pandangan yg jelas mengenai sesuatu kawasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Seri Bangi gelaran paman,
     Waktu tuan raja di Kedah;
Tinggi bulan sayup pandangan,
     Berpakat kita tumpang cerah.


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
putol[pu.tol]kata adjektifhilang daripada pandangan.Punye laju budak tu lari, tak sampai semenet dah putol.[pu.ø« lA.dZu bu.dA/ tu lA.Äi tA/ sAm.pAj s«.me.net dAh pu.tol]Bukan main laju budak itu berlari, tidak sampai seminit sudah hilang daripada pandangan.

Kembali ke atas