Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata panjang,

Puisi
 

Kencang-kencang angin timur,
     Belayar tanah seberang;
Panjang-panjang engkau umur,
     Akan pembalas budi Si Dayang.


Lihat selanjutnya...(102)
Peribahasa

Sepanjang-panjang tali,
     tidak sepanjang mulut manusia.

Bermaksud :

Cakap orang dapat dilakukan dengan sesuka hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Sepanjang-panjang lorong masih panjang mulut).

 

Lihat selanjutnya...(46)

49

Don't bite off more than you can chew

Jangan lakukan sesuatu pekerjaan atau tindakan yang tidak mampu ditangani atau yang melebihi kebolehan diri.

Panjang langkah koyak pesak seluar, tinggi loncat tembuk ubun-ubun

Don't bite off more than you can chew. This mega project is far too complex to be handled by a single person. You'd better forget.

Panjang langkah koyak pesak seluar, tinggi loncat tembuk ubun-ubun. Projek raksaksa itu terlalu rumit dan sukar untuk kau tangani seorang. Lebih baik kau lupakan sahaja.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
keledo[k«.le.do]kata kerjaberusaha.Dah besa panjang tak keledo nak carik keje.[dAh b«.sA pAn.dZAN tA/ k«.le.do nA/ tSA.Äi/ k«.dZ«]Sudah besar panjang, tidak berusaha untuk mencari kerja.
kok nai[ko/ nAj] berbual panjang dan meleret-leret antara lelaki dan perempuan; betonyeh.Jangan kok nai tak tentu pasal nanti orang tue marah.[dZA.NAn ko/ nAj tA/ t«n.tu pA.sAl nAn.ti o.ÄAN tu« mA.ÄAh]Jangan bercakap-cakap panjang dengan tidak tentu pasal nanti marah orang tua-tua.
gayo[gA.jo]kata adjektifpanjang (khususnya untuk isi ubi kayu).Tanah tu baru bukak, padanlah isi ubi tu gayo.[tA.nAh tu bA.Äu bu.kA/ pA.dAn.lAh i.si u.bi tu gA.jo]Tanah itu baru dibuka, patutlah isi ubi itu panjang.
kutong[ku.toN]kata kerjamemotong rata, repang, pepat.Akak kutong rambot adek yang panjang tu nak?[A.kA/ ku.toN ÄAm.bot A.de/ jAN pAn.dZAN tu nA/]Kakak potong pepat rambut adik yang panjang itu nak?
celeh[tS«.leh]kata adjektiftajam pengamatan dan berhati-hati.Bile dah besa panjang maken die celeh bile buat keje.[bi.l« dAh b«.sA pAn.dZAN mA.ken di.j« tS«.leh bi.l« bu.wAt Apabila sudah besar panjang, dia semakin berhati-hati apabila membuat kerja.
betonyeh[b«.to.øEh]kata kerjaberbual panjang dan meleret-leret antara lelaki dan perempuan; kok nai.Ari-ari kite betonyeh aje nanti ape orang kate.[A.Äi.A.Äi ki.t« b«.to.øeh A.dZ« nAn.ti A.p« o.ÄAN kA.t«]Setiap hari kita asyek berbual panjang, nanti apa pula orang kata.
kaen gombang[kAen gom.bAN] kain yang dipakai oleh kaum lelaki tanpa berseluar panjang.Orang lelaki memang suke bekaen gombang saje bile ke surau.[o.ÄAN l«.lA.ki me.mAN su.k« b«.kAen gom.bAN sA.dZ« bi.l« ]Kaum lelaki memang suka berkain tanpa berseluar panjang apabila pergi ke surau.
sogok[so.go/]kata namakayu panjang di haluan perahu.   
lanso[lAn.so]kata kerjamenggelunsurkan benda yang berukuran panjang.Lanso kayu tu sebatang, biya kawan sambut[lAn.so kA.ju tu s«.bA.tAN bi.jA kA.wAn sAm.but kAt sini]Gelungsurkan sebatang kayu itu, biar saya sambut di sini.
lodeh[lo.deh]kata namasejenis masakan daripada sayuran seperti kacang panjang, terung dan lain-lain yang dicampur dengan tempe, tauhu, pucuk tauhu dan suun yang dimasak bersama santan dan sedikit perencah dan dimakan dengan nasi himpit atau ketupat.   
12

Kembali ke atas