Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.yah] | ڤايه

Definisi : 1. tidak mudah, tidak senang, sukar, susah: bukannya ~ benar membuat kerja itu; ~ basa Kl susah hendak memperkatakan (me­rundingkan, membincangkan) sesuatu; 2. berat atau teruk (penyakit): bapaku mendapat sakit ~ di Sungai Baharu; 3. (berasa) letih, lelah, lesu, penat: rupanya ia kepanasan dan ~ setelah mendayung basikalnya dgn cepat selama setengah jam; tak ~ tidak perlu, tidak usah: baginda jua mempunyai kuasa utk bertindak sendiri dgn tidak ~ mendengar nasihat sesiapa; berjerih ~ = bersusah ~ = berpayah-payah; berpayah-payah mengerjakan (melakukan) sesuatu dgn berlelah-lelah atau memerah keringat, berpenat lelah: janganlah saudara ~ kerana saya; memayahkan menyebabkan payah, men­jadikan payah, menyusahkan, melelahkan: sekali itu dia berasa payah kembali dr rapat, padahal apalah yg akan ~ dlm rapat itu; memayah-mayahkan; ~ diri bekerja keras­-keras (dgn bersusah-payah), bekerja berat, berpayah-payah; memperpayah menjadikan lebih payah: bukan sudah bonda katakan kerja baik pada-pada, jangan badan diperpayah; kepayahan 1. perihal payah, kesukaran, ke­susahan: Wahab mendengar cerita-cerita tentang ~ penduduk pekan Tembeling akibat sekatan yg diadakan oleh kerajaan; 2. men­derita payah (kesulitan, kekurangan): sedangkan hendak mendapat sesuap nasi ~, inikan pula hendak menziarahi tempat-tempat yg bersejarah; 3. kelelahan, keletihan: beberapa lamanya ia berdiam diri saja, terengah-engah spt orang ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.yah] | ڤايه

Definisi : 1 tidak mudah dilakukan dll; susah: ~ hendak menyelesaikan masalah ini. 2 teruk atau berat (bkn penyakit): sakit ~. 3 berasa penat atau letih: Kalau sudah ~, bolehlah berhenti sebentar. berpayah-payah mengerjakan sesuatu dgn bersusah-susah; berpenat lelah: Tak usahlah mak cik ~ kerana saya. memayahkan menjadikan payah; menyusahkan. kepayahan hal atau keadaan payah; kesukaran; kesusahan: ~ penduduk kampung tsb berhubung dgn kawasan bandar telah mendapat perhatian drpd pihak kerajaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
payah (adjektif)
Bersinonim dengan sukar, susah, sulit, berat, teruk, leceh, rumit, perih, kompleks, ruwet, masyakat, kelekik, rumpil;,
Kata Terbitan : berpayah-payah, memayahkan, memperpayah, kepayahan,

Puisi
 

Apa abang jahit baju,
     Jahit kain banyak lagi;
Tak payah abang kata begitu,
     Kata lain banyak lagi.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Tak payah basuh kaki tangan.

Bermaksud :

Mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan mudah. (Peribahasa lain yang sama makna: Naik basuh kaki saja).

 

Lihat selanjutnya...(49)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tali perot[tA.li p«.Äot] tali pinggang yang diperbuat daripada kain untuk mengikat kain kurung Johor.Ikat kaen tu tak payah pakai tali perot, tali pinggang kan ade.[i.kAt kAen tu tA/ pA.jAh pA.kAj tA.li p«.Äot tA.li piN.gAN Ikat kain itu tidak payah guna tali yang diperbuat daripada kain, tali pinggang kan ada.
kelebang[k«.l«.bAN]kata adjektifmalas.Orang kalau kelebang sangat, memang payah[o.ÄAN kA.lAw k«.l«.bAN sA.NAt me.mAN pA.jAh nA/ mA.so/ Kalau kita malas sangat, memang sukar mendapat rezeki.
duet lawe[du.wet lA.w«] wang yang dibayar kepada mak andam untuk memesan kerusi pengantin lelaki.Kalau sandeng kat rumah, kite kene siyap duet pintu, kalau kat dewan tak payah le.[kA.lAw sAn.deN kAt Äu.mAh ki.t« k«.n« si.jAp du.wet pin.tu ]Kalau bersanding di rumah, kita kena siap duit pintu, kalau bersanding di dewan, tidak payahlah.

Kembali ke atas