Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nya.kit] | ڤڽاکيت

Definisi : 1. sesuatu yg menyebabkan badan menjadi sakit (atau yg mengganggu kesihatan): dia sudah sihat drpd ~ lelah; ~ berjangkit penyakit yg mudah berjangkit (spt kurap, malaria, dll); ~ kelamin penyakit berjangkit yg lazimnya tersebar melalui hubungan seks; ~ mental (Ubat) gangguan mental; ~ organik (Ubat) penyakit yg melibatkan perubahan struktur tubuh; ~ tidur (Ubat) penyakit yg ditularkan kpd manusia melalui gigitan lalat tsetse (terutamanya di Afrika), dan dicirikan dgn demam yg berulang, pening, mengantuk, dan bengkak pd bahagian tertentu tubuh; 2. ki sesuatu yg menyebabkan keburukan, kepincangan hidup dll yg merebak (spt pelacuran, rasuah, dll), sesuatu yg me­nyusahkan: pengangguran menjadi ~ dlm negeri itu; ~ sosial amalan atau perlakuan yg tidak baik yg berlaku dlm masyarakat, mis penagihan dadah dan tabiat melepak; 3. ki, Id bangsat, sial (makian); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nya.kit] | ڤڽاکيت

Definisi : sesuatu yg menyebabkan badan atau bahagian badan menjadi sakit: ~ malaria sudah berkurang sekarang ini. ~ berjangkit penyakit (spt kurap) yg mudah berjangkit. ~ masyarakat (sosial) sesuatu amalan atau per­lakuan yg menimbulkan masalah dan melemahkan masyarakat, spt masa­lah penagihan dadah dan rasuah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sakit (adjektif)
1. Bersinonim dengan uzur: gering, lesu, lemah,
Berantonim dengan sihat

2. Bersinonim dengan pedih: sengal, ngilu, sebal, sebak, bengkak, kebas, nyeri, remai, bisa,
Berantonim dengan selesa

3. Bersinonim dengan seksa: sengsara, azab, derita, merana, kecewa duka, lara, susah, payah, sukar, sulit,
Berantonim dengan bahagia

Kata Terbitan : bersakit, bersakit-sakit, menyakiti, menyakitkan, kesakitan, penyakit, berpenyakit, pesakit,

Puisi
 

Serai ini bukan serai kayu,
     Serai bernama penyakit kulit;
Cerai ini bukan cerai lalu,
     Cerai bernama berulang-alik.


Lihat selanjutnya...(33)
Peribahasa

Tua-tua penyakit,
     muda ubat;
sesudah tersepit baru tahu akan sifat.

Bermaksud :

Sesudah menderita kecelakaan, baru berikhtiar atau berunding hendak melepaskan diri daripada kecelakaan itu. (Peribahasa lain yang sama makna: Sudah kalah baru berkubu).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
pireh[pi.Äeh]kata adjektifparah, teruk (kerugian, penyakit dan lain-lain).Bile barang-barang naek harge, pireh kite dibuatnye.[bi.l« bA.ÄAN.bA.ÄAN nAe/ hAÄ.g« pi.Äeh ki.t« di.bu.wAt.ø«]Apabila barang naik harga, teruk kita semua dibuatnya.
bente[b«n.t«]kata namaparut atau bekas penyakit kulit di badan.Badan Ngah penoh bente kudes.[bA.dAn NAh p«.noh b«n.t« ku.des]Badan Ngah penuh dengan parut kudis.
daon genggang[dA.won geN.gAN] pokok yang daunnya digunakan untuk mengubat penyakit kulit.   
puwah pales[pu.wAh pA.les] minta jauhkan.Puwah pales, janganlah tekene penyaket bahaye tu.[pu.wAh pA.les dZA.NAn.lAh t«.k«.n« p«.øA.ket bA.hA.j« tu]Minta dijauhkan, janganlah terkena penyakit yang berbahaya itu.
berenyeh[b«.Äe.øeh]kata adjektifberkenaan sakit yang sedikit tetapi berpanjangan.Saket si Ali tu berenyeh, sebab tu lah nampak lesu.[sA.ket si A.li tu b«.Äe.øeh s«.bAb tu lAh nAm.pA/ l«.su]Penyakit si Ali itu sedikit tetapi berpanjangan, sebab itulah dia kelihatan lesu.
tekakau-kakau[t«.kA.kAw.kA.kAw]kata kerjatersentak-sentak tangan dan kaki kerana demam panas atau sawan; tekujat-kujat.Bile kene sawan mulelah die tekakau-kakau.[bi.l« k«.n« sA.wAn mu.l«.lAh di.j« t«.kA.kAw.kA.kAw]Apabila terkena penyakit sawan mulalah dia tersentak-sentak kaki dan tangan.

Kembali ke atas