Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kelakuan, tingkah laku: dia tahu ~ isterinya; 2. tabiat, budi pekerti, watak: ~nya jahat; berperangai 1. mempunyai perangai, berke­lakuan: pekerja yg ~ baik; 2. berkelakuan tidak sepatutnya, bertingkah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 sikap atau kelakuan seseorang yg sudah sebati benar dgnnya; tabiat; watak: ~nya yg jahat itu tidak dpt diubah-ubah lagi. 2 tingkah laku yg dilakukan di hadapan orang; kelakuan. berperangai mempunyai perangai; berkelakuan: Janganlah ~ buruk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perangai (kata nama)
Bersinonim dengan kelakuan, tingkah laku, perlakuan, perwatakan, resmi, pembawaan, fiil, canda, olah, tabiat, gaya, cara, sifat, telatah, gelagat, gerak-geri, tindak-tanduk, ambekan;,
Kata Terbitan : berperangai,

Puisi
 

Kalau kulurut padi di Daik,
     Pancang pulau jatuh terhempas;
Kalau kuturut perangai tak baik,
     Pasang tak penuh surut tak timpas.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Seberapa panjang sarung,
     begitulah panjang matanya.

Bermaksud :

Perangai (perkataan) yang baik atau jahat menunjukkan sedikit banyaknya ilmu seseorang. sarung = sarung keris atau sarung pisau.

 

Lihat selanjutnya...(7)

6

The apple never falls far from the tree

Sifat atau perangai anak biasanya tidak jauh bezanya daripada sifat atau perangai orang tuanya.

Bagaimana acuan begitulah kuihnya

Although Tina seem very honest, remember that her mother is a scheming woman. People say that the apple never falls far from the tree. So, be careful.

Meskipun Tina nampak jujur benar orangnya tetapi kau harus ingat bahawa ibunya pandai memperdayakan orang. Kata orang, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Jadi berhati-hatilah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
senoneng[s«.no.neN]kata adjektifberserabut.Senoneng kepale aku dengan perangai budak-[s«.no.neN k«.pA.l« A.ku d«.NAn p«.ÄA.NAj bu.dA/.bu.dA/ ni]Berserabut kepala aku dengan perangai budak-budak ini.
getan[g«.tAn]kata adjektifmarah benar.Getan aku nengok perangai kau yang tak senonoh ni.[g«.tAn A.ku ne.No/ p«.ÄA.NAj kAw jAN tA/ s«.no.noh ni]Marah benar aku melihat perangai engkau yang tidak senonoh ini.
getan[g«.tAn]kata adjektifmarah benar.Getan aku nengok perangai kau yang tak senonoh ni.[g«.tAn A.ku ne.No/ p«.ÄA.NAj kAw jAN tA/ s«.no.noh ni]Marah benar aku melihat perangai engkau yang tidak senonoh ini.
keleco-keleco[k«.le.tSo.k«.le.tSo]kata adjektifsuka bermanja.Mentang-mentang tak de adek, perangai kau ni keleco-keleco aje.[m«n.tAN.m«n.tAN tA/ d« A.de/ p«.ÄA.NAj kAw ni Mentang-mentanglah tidak ada adik, perangai engkau ini suka bermanja sahaja.
menuah-nuah[m«.nu.wAh.nu.wAh]kata adjektifmanja yang berlebihan sehingga kelihatan mengada-ngada.Meluat aku tengok perangai kau menuwah-nuwah amat.[m«.lu.wAt A.ku te.No/ p«.ÄA.NAj kAw m«.nu.wAh/.nu.wAh Meluat aku melihat perangai engkau ini, manja berlebih-lebihan.
seloloi[s«.lo.loj]kata adjektifperangai yang tidak senonoh atau kurang sopan.Jangan seloloi dalam tengah-tengah majeles.[dZA.NAn s«.lo.loj dA.lAm t«.NAh.t«.NAh mA.dZ«.les]Jangan berperangai tidak senonoh dalam majlis.
bego I[be.go]kata adjektifsangat nakal (tentang kanak-kanak).Bukan main bego budak tu.[bu.kAn mAen be.go bu.dA/ tu]Bukan main nakal perangai budak itu.
melengka[m«.leN.kA]kata kerjaberbaring selepas makan.Tak senonoh bebudak ni, adeke lepas makan nak melengka.[tA/ s«.no.noh b«.bu.dA/ ni A.d«.k« l«.pAs mA.kAn nA/ ]Tidak senonohnya perangai budak-budak ini, selepas makan hendak berbaring pula.
becemabai[b«.tS«.mA.bAj]kata adjektifberkenaan kain dan lain-lain yang bercarik-carik, berjerabai; besemunyas; besemuyas.Tak senonoh budak ni, kaen batek dah becemabai pon pakai.[tA/ s«.no.noh bu.dA/ ni kAen bA.te/ dAh b«.tS«.mA.bAj pon pA.kAj]Tidak senonoh perangai budak ini, kain batik yang sudah bercarik-carik pun masih dipakai.

Kembali ke atas