Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.gi] | ڤرݢي

Definisi : 1. berjalan dll menuju ke sesuatu tempat (mendapatkan seseorang dll): ia mengajak saya ~ ke Kelantan; kalau tidak percaya ~lah berjumpa ayah kau dan tanyalah dia; 2. me­ninggalkan sesuatu tempat, berundur (dr): orang muda tadi telah ~ dr situ; 3. berangkat, bertolak: pagi esok saya ~ dgn kereta api pertama; ~ balik (datang, mari) = pulang ~ pergi dan balik (berulang-alik); ~ dahulu a) pergi lebih dahulu; b) ki mati; ~ haji naik haji; ~ jahanam = ~ setan = ~ telukup (telungkup) persetan (binasalah, jahanamlah); berpergian pergi (berjalan dll) ke tempat yg jauh: sejak keretanya rosak, ia sukar ~; kepergian perihal pergi, keberangkatan: yg lebih menyedihkan lagi ialah ~ anaknya yg sedemikian lama itu tidak pernah berpisah dengannya; pemergian 1. perjalanan (yg jauh): Daim menceritakan kisah ~nya ke luar negeri; 2. kepergian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.gi] | ڤرݢي

Definisi : berjalan ke tempat lain; meninggalkan tempat yg mula-mula: Dia ~ ke pasar. pulang ~ pergi dan baik semula. ~ dahulu a. pergi terlebih dahulu. b. meninggal dunia; mati. ~ haji menunaikan fardu haji di Mekah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pergi (kata kerja)
1. Bersinonim dengan menuju ke: menujui, menghala ke, mengarah ke,
Berantonim dengan datang

2. Bersinonim dengan berhambus: cabut, lari, nyah, incit, keluar, hilang, turun, angkat kaki, kepol, calo, andun,

3. Bersinonim dengan bertolak: berlepas, berangkat, belayar, berjalan, bercemar duli, bertolak punggung, mengorak langkah, mengorak sila,
Berantonim dengan tiba

4. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan meninggal dunia, mati, wafat, mangkat,

Kata Terbitan : berpergian, kepergian, pemergian,

Puisi
 

Cik Ali pergi berperang,
     Pergi berperang dengan senjata;
Awan di langit kalau terang,
     Cahaya bintang baru nyata.


Lihat selanjutnya...(338)
Peribahasa

Pergi ke pulau batu digalas.

Bermaksud :

Sengaja mencari kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(38)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
yok[jo/]kata tugasajakan atau pelawaan, mari, ayuh.Yok! Kite pegi.[jo/ ki.t« p«.gi]Ayuh, kita pergi.
juwata[dZu.wA.tA]kata namapulau (Pulau Aur, Mersing).Man nak belaya ke juwata ituk.[mAn nA/ b«.lA.jA k« dZu.wA.tA i.tu/]Saya hendak pergi ke pulau itu.
eteng[e.teN]kata adjektifmengada-ngada.Jangan nak dok eteng kat sini, pegi sane![dZA.NAn nA/ do/ e.teN kAt si.ni p«.gi sA.n«]Jangan mengada-ngada di sini, pergi ke sana!
tugong[tu.goN]kata namakain buruk (Pulau Aur, Mersing).Aji pegi ambek tugong, buat kesat ae tumpah.[A.dZi p«.gi Am.be/ tu.goN bu.wAt k«.sAt Ae tum.pAh]Kamu pergi ambil kain buruk untuk mengesat air yang tumpah.
lejang[l«.dZAN]kata kerjamenjenguk sebentar.Kalau ke bando, lejang pos opes tu kalau-kalau ade surat.[kA.lAw k« bAn.d l«.dZAN pos opes tu kA.lAw.kA.lAw A.d« ]Kalau pergi ke bandar, singgahlah di pejabat pos itu kalau-kalau ada surat.
coroi[tSo.Äoi]kata namacirit-birit.Ke jamban aje, coroi agaknye budak ni, elok pegi kelenet.[k« dZAm.bAn A.dZ« tSo.Äoi A.gA/.ø« bu.dA/ ni e.lo/ p«.gi ]Kerap sangat pergi ke tandas, mungkin budak ini cirit-birit, eloklah dibawa ke klinik.
benang ari[b«.nAN A.Äi] waktu subuh.Maseh benang ari lagi, dah kelua menoreh.[mA.seh b«.nAN A.Äi lA.gi dAh k«.lu.wA m«.no.Äeh]Masih waktu subuh lagi, dia sudah keluar pergi menoreh getah.
serabai[s«.ÄA.bAj]kata adjektifberkenaan muka yang kelihatan tidak terurus.Muke serabai lagi dah nak pegi kedai?[mu.k« s«.ÄA.bAj lA.gi dAh nA/ p«.gi k«.dAj]Muka masih tidak terurus lagi sudah hendak pergi ke kedai?
modo[mo.do]kata adjektifsia-sia, tidak berguna; handa.Modo aje kite ke sane, die tak nampak bayang.[mo.do A.dZ« ki.t« k« sA.n« di.j« tA/ nAm.pA/ bA.jAN]Sia-sia sahaja kita pergi ke sana, dia tidak nampak bayang.
menyenyeh[m«.øe.øeh]kata kerjamenenes; menais.Dah menyenyeh kudes engkau ni, lekasle pegi berobat.[dAh m«.øe.øeh ku.des «N.kAw ni l«.kAs.l« p«.gi b«.Äo.bAt]Sudah menenes kudis engkau ini, cepatlah pergi berubat.
12

Kembali ke atas