Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.mai.nan] | ڤرماءينن

Definisi : 1. sesuatu yg digunakan utk bermain, sesuatu utk bermain-main sahaja, mainan; 2. perihal bermain, perbuatan ber­main (bola sepak dll): ~ yg paling digemari ialah bola sepak; ~nya kasar; 3. perbuatan yg dilakukan tidak dgn bersungguh-sungguh (utk main-main sahaja); 4. pertunjukan (wayang, sandiwara, dll), pementasan (drama dll): dr bangku sekolah dahulu kau dah mulai cenderung dlm ~ pentas; 5. bp perempuan utk berseronok-seronok sahaja (bukan dijadi­kan isteri): sesudah ditalak oleh suaminya ia menjadi ~ orang sahaja; 6. Id sj barang perhiasan (spt loket yg digantungkan pd kalung dll); 7. sesuatu yg dipermainkan atau dipersendakan: janganlah kamu jadikan agama kamu sbg ejek-ejekan dan ~; ~ puteri Kl cara mengubati penyakit oleh bomoh (me­makai jampi, serapah, alat bunyi-bunyian, dll) dgn jalan bertutur dgn orang yg berada dlm keadaan tidak sedar; hujan panas ~ hari, senang susah ~ hidup prb telah menjadi perkara biasa bahawa hidup manusia itu ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.mai.nan] | ڤرماءينن

Definisi : 1 apa-apa yg digunakan utk bermain; mainan. 2 perbuatan atau hal bermain; cara bermain: ~ catur patut digalakkan di kalangan anak-anak kita. ~nya sungguh baik. 3 sesuatu yg dilakukan dgn tidak sungguh-sungguh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Sayang serindit punai di Jawa,
     Permainan anak permaisuri;
Pelepah jatuh pucuk ketawa,
     Pangkal juga menahan diri.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Mengadu kucing dengan babi.

Bermaksud :

Bermain ceki dengan bertaruh wang. ceki = sejenis permainan judi Cina.

 

Lihat selanjutnya...(3)

322

Into each life some rain must fall

Sudah menjadi lumrah kehidupan manusia, ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan untuk menenangkan hati orang yang ditimpa malang dan untuk mengingatkan bahawa nasib malang itu hanyalah sementara)

Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup.

Don't you feel sad, my dear. Everybody must have his or her misfortune. Remember, into each life some rain must fall. Who knows may be tomorrow luck will come and knock at your door.

Usah kamu bersedih, sayangku. Tiada insan yang tidak ditimpa malang. Ingat, hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup. Siapa tahu esok-esok nasib yang baik akan datang juga.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tui[tu.wi]kata adjektifdalam keadaan tidak boleh ditarik balik khusus dalam permainan kanak-kanak seperti permainan polis sentri dan lain-lain.Tui kau dan lepaskan tangan kau, jangan aleh lagi buah cato tu.[tu.wi kAw dAn l«.pAs.kAn tA.NAn kAw dZA.NAn A.leh lA.gi Tui engkau dan lepaskan tangan engkau, jangan alih lagi buah catur itu.
belon acah[be.lon A.tSAh]kata namapermainan kepung-mengepung dalam barisan tertentu yang terdiri daripada sekurang-kurangnya empat orang dalam dua pasukan, permainan galah panjang.   
tonjen[ton.dZen]kata namasejenis permainan kejar mengejar secara berkumpulan yang melibatkan seorang “ibu” yang akan mengejar kawan-kawan yang lain dan apabila tercuit oleh “ibu”, orang itu akan menggantikan “ibu”; maen jebat.   
maen toke[mAen to.k«] sejenis permainan yang menggunakan kotak rokok lama dan duit yang dilemparkan dekat kotak. Sesiapa yang melempar paling dekat dengan kotak, dialah yang menang.   
maen jebat[mAen dZ«.bAt] sejenis permainan kejar-mengejar secara berkumpulan yang melibatkan seorang “ibu” yang akan mengejar kawan-kawan yang lain dan apabila tercuit oleh “ibu”, orang itu akan menggantikan “ibu”; tonjen.   
maen piantan[mAen pi.jAn.tAn] sejenis permainan menyorok-nyorok dalam kalangan kanak-kanak; sembunyi ibu.   
sembunyi ibu[s«m.bu.øi i.bu] sejenis permainan menyorok-nyorok dalam kalangan kanak-kanak; maen piantan.   
melope[m«.lo.pe]kata kerjatidak masuk, melepas (dalam permainan guli).Kalau maen guli melope aje, payahle nak menang.[kA.lAw mAen gu.li m«.lo.pe A.dZ« pA.jAh nA/ mA.so/ lo.bAN]Jikalau bermain guli melepas sahaja, susahlah hendak menang.
mengocok[m«.No.tSo/]kata kerjamemukul dengan lebih kerap dalam permainan kompang, tanpa menjejaskan rentak.Sedang orang laen menyelalu dan meningkah si Ali mengocok kompangnye.[s«.dAN o.ÄAN lAen m«.ø«.lA.lu dAn m«.niN.kAh si A.li Sedang orang lain menyelalu dan meningkah si Ali memukul kompangnya dengan laju tanpa menjejaskan rentak.

Kembali ke atas