Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.tang] | ڤتڠ

Definisi : waktu selepas tengah hari (mulai dr matahari turun hingga matahari masuk), sore, lwn pagi: matahari terbit lebih kurang pd pukul 6 pagi dan masuk lebih kurang pd pukul 6 ~; hari sudah ~; ~ esok waktu petang pd hari esoknya; ~ semalam waktu petang pd hari semalam; besok ~ a) petang esok; b) = besok ~nya petang yg berikutnya; ~ Sabtu malam Ahad Sabtu malamnya sebelum Ahad; sepetang-petangan selama (seluruh) waktu petang, sepetang suntuk; memetang-metangkan; ~ hari Mn mem­buang-buang masa dgn berbual-bual dll; kepetangan mengalami (menempuh) petang, kena petang; pemetang-metangkan; ~ hari Mn perin­tang-perintang masa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.tang] | ڤتڠ

Definisi : ; kepetangan 1. sl sj mata-mata: sembah ~ itu, “Apa daya kula menyendal dia kerana Melayu ini berkeris di hadapan?”; 2. pandai membuat helah (tipu muslihat), cerdik, licik: perajurit yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.tang] | ڤتڠ

Definisi : waktu siang sesudah tengah hari hingga matahari terbenam (antara pukul 2.00 hingga pukul 6.59 petang); sore. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
petang (kata nama)
Bersinonim dengan sore, matahari turun;,
Kata Terbitan : sepetangan, sepetang-petangan,

Puisi
 

Petang-petang menjolok manggis,
     Manggis jatuh pecah empat;
Petang-petang tunduk menangis,
     Macam burung mencari tempat.


Lihat selanjutnya...(81)
Peribahasa

Seperti ayam makan rumput.

Bermaksud :

Hidup melarat: kerja pagi-pagi untuk makan pagi, kerja petang untuk makan petang. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti ayam: kais pagi makan pagi, kais petang makan petang).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
menggelitis[m«N.g«.li.tis]kata adjektifberkenaan dengan gadis yang suka berjalan dengan tidak tentu tujuan.Petang-petang mulelah anak dare tu menggelitis ke sane ke mari.[p«.tAN.p«.tAN mu.l«.lAh A.nA/ dA.Ä« tu m«N.g«.li.tis ]Petang-petang mulalah anak dara itu merayau ke sana ke mari dengan tidak tentu tujuan.
meledang-ledang[m«.le.dAN.le.dAN]kata kerjabersenang-senang atau bersantai.Tak de keje petang-petang ni, meledang-ledang die.[tA/ d« k«.dZ« p«.tAN.p«.tAN ni m«.le.dAN.le.dAN di.j«]Tak ada buat apa-apa kerja sebelah petang, bersenang-senang sajalah dia.
tambol[tAm.bol]kata namahidangan ringan untuk tetamu pada waktu petang dan malam.Ape tambol awak bawak petang ni.[A.p« tAm.bol A.wA/ bA.wA/ p«.tAN ni]Apa tambol awak bawa petang ini?
henjang-henjot[hen.dZAN.hen.dZot]kata kerjaberjalan mundar-mandir (orang).Asal petang aje henjang-henjotle die depan rumah ni.[A.sAl p«.tAN A.dZ« hen.dZAN.hen.dZot.l« di.j« d«.pAn Äu.mAh ]Apabila hari petang, dia berjalan ke hulu dan ke hilir di hadapan rumah ini.

Kembali ke atas