Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[puas] | ڤواس

Definisi : 1. berasa senang (kenyang, lega, dll) ke­rana sudah mendapat secukup-cukupnya: sesudah sepinggan penuh ~lah ia; 2. berasa senang kerana sudah terpenuh hasrat hati: rakyat berasa ~ dgn apa yg dilaksanakan oleh kerajaan; 3. lebih drpd cukup, sudah tidak ingin lagi, bosan, jemu: ~ dia mencari kerja tetapi masih belum dapat-dapat juga; ~ hati berpuas hati; ~ lelas puas sungguh­-sungguh; puas-puas hingga puas (jemu): Sharifah Barlian meneliti susuk tubuh tukang kebun itu ~; belum ~ belum jemu-jemu; tidak ~-~nya tidak jemu-jemunya; sepuas-puas; ~ hati = ~nya hingga puas (kenyang dll), hingga jemu (tidak mahu lagi): budak itu diciumnya ~ hati; biarlah mereka mengatakan hal kita ~nya; berpuas; ~ hati berasa puas (kenyang, lega, senang, dll); memuaskan 1. menjadikan (menyebabkan) puas, memberi (memenuhi, menuruti, dll) hing­ga puas: wang dapat ~ kehendak-kehendak lahir; buah anggur sangat ~ selera saya; 2. memberi kelegaan (kesenangan, kesukaan, dll) kpd, menyenangkan, menyukakan: layanannya ~; ia ingin berbuat sesuatu yg dapat ~ hati ibunya; 3. memadai (harapan, hasrat, dll), menyenangkan: pendapatan drpd hasil padi tahun ini agak ~; ~ dahaga (haus) minum hingga hilang daha­ga; ~ dendam membalas dendam; ~ hawa nafsu mengikut hawa nafsu supaya puas hati­nya; ~ selera dapat memenuhi kemahuan seleranya; kepuasan perihal puas, kelegaan, kenikmatan, kesenangan: mencari ~ dan ketenteraman jiwa; ketidakpuasan perihal tidak puas, perasaan tidak puas hati; pemuasan perihal memuaskan: ~ nafsu; pemuas (sesuatu dsb) yg memuaskan: ~ nafsu seks lelaki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[puas] | ڤواس

Definisi : 1 lega, senang, kenyang, gembira dll kerana sudah merasai secukup-cukupnya atau sudah memperoleh apa-apa yg dihajati: Sesudah minum tiga gelas, barulah ia ~. Dia tidak akan ~ selagi tidak mendapat ijazah. 2 sudah lebih drpd cukup; tidak ingin lagi; jemu: ~ saya mencari kerja, tidak juga berjaya. berpuas berasa puas: Mereka tidak ~ hati dgn cara pelantikan itu. memuaskan menjadikan puas; memberi dll hingga puas; menyenangkan; melegakan: Keputusan hakim itu ~ kedua-dua belah pihak. Hasil padi tahun ini ~ juga. ~ dahaga minum sehingga hilang rasa dahaga. ~ dendam membalas dendam. ~ hawa nafsu menurut kemahuan nafsu supaya puas hati. kepuasan hal atau keadaan puas. pemuasan perbuatan atau hal memuaskan. pemuas yg memuaskan. sepuas-puas sehingga puas: Kami pergi ke sebuah anak sungai yg jernih airnya lalu minum ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
puas (adjektif)
1. Bersinonim dengan senang hati: lega, selesa, bahagia, sejahtera, seronok, tenang, tenteram, kenyang, cukup, pada, jelira, marem,

2. Bersinonim dengan jemu: bosan, jelak, jenuh, cemus, muak, lugu, majal, pasai,

Kata Terbitan : berpuas hati, memuaskan, kepuasan,

Puisi
 

Hendak memakan buah cermai,
     Makan bersama jambu susu;
Puas ombak melanda pantai,
     Mengapa pantai tak ambil tahu?


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Lengkuas di tepi kandang,
     tekak (= tegak) puas badan menyandang.

Bermaksud :

Tiap-tiap yang salah haruslah menerima hukuman yang setimpal.

 

Lihat selanjutnya...(8)

411

The more you have, the more you want

Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki: sudah dapat, mahu lagi.

Nafsu tidak bertepi

I told myself that once my savings reached RM1million, I would retire for good. But the more you have, the more you want. Now, I think that amount is not enough.

Aku berkata kepada diriku yang aku akan bersara sebaik sahaja simpananku mencecah RM1 juta. Tetapi nafsu tidak bertepi. Kini, aku merasakan bahawa jumlah itu tidak mencukupi.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(13)

Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
ejab[«.dZAb]kata adjektiftidak menyahut panggilan orang, senyap.Puas aku teriak, kau ejab aje.[pu.wAs A.ku t«.Äi.jA/ kAw «.dZAb A.dZ«]Puas aku memanggil, engkau senyap tidak menyahut panggilan aku.
berigap[b«.Äi.gAp]kata adjektifpuas (terlalu lama) mencari sesuatu.Berigap kawan carik limau nipes tujoh serangkai, kulu kile, belom jumpe.[b«.Äi.gAp kA.wAn tSA.Äi/ li.mAw ni.pes tu.dZoh s«.ÄAN.kAj ]Puas sudah saya mencari limau nipis tujuh serangkai, ke hulu dan ke hilir, masih belum berjumpa.
keneneng[k«.ne.neN]kata adjektifbingung kerana gagal mencari sesuatu.Puas kawan carik barang tu, tak jumpe jugak,[pu.wAs kA.wAn tSA.Äi/ bA.ÄAN tu tA/ dZum.p« dZu.gA/ Puas saya mencari barang itu, masih tidak jumpa, bingung saya.
jalan jajah[dZA.lAn dZA.dZAh] makan angin.Kawan ni dah puas jalan jajah merate-rate.[kA.wAn ni dAh pu.wAs dZA.lAn dZA.dZAh m«.ÄA.t«.ÄA.t«]Saya ini sudah puas makan angin di merata tempat.
lemah cangok[l«.mAh tSA.No/] terlalu lemah ingatan.Puas kite aja die ngaji, tak ingat-ingat, lemah cangok budak ni.[pu.wAs ki.t« A.dZA di.j« NA.dZi tA/ i.NAt.i.NAt l«.mAh tSA.No/ ]Puas kita mengajar dia mengaji, tidak ingat-ingat, terlalu lemah ingatan budak ni.
ngerosek[N«.Äo.se/]kata kerjabergerak secara berterusan.Punye banyaknye nyamok, puas kite ngerosek baru dapat tido.[pu.ø« bA.øA/.ø« øA.mo/ pu.wAs ki.t« N«.Äo.se/ bA.Äu dA.pAt Banyak sangat nyamuk, puas kita bergerak berterusan barulah dapat tidur.
menjajo[m«n.dZA.dZ]kata adjektifberkenaan perjalanan yang tidak tentu arah.Menjajo aku carik rumah engkau, tak jumpe.[m«n.dZA.dZ A.ku tSA.Äi/ Äu.mAh «N.kAw tA/ dZum.p«]Puas aku berkeliling mencari rumah engkau, tidak berjumpa.
majal[mA.dZAl]kata adjektifmalang.Majal bena budak ni, puwas temu duge sane sini, pon tak dapat keje.[mA.dZAl b«.nA bu.dA/ ni pu.wAs t«.mu du.g« sA.n« si.ni pon Malang benar budak ini, puas menghadiri temu duga di sana sini, masih tidak dapat kerja.

Kembali ke atas