Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.lau] | ڤولاو

Definisi : tanah atau daratan dikelilingi oleh air (di laut, di sungai, dll); belayar di ~ kapuk Id, bp tidur; ~ sudah lenyap, daratan sudah tenggelam gagal sama sekali; ~ harapan (perca) Id Pulau Sumatera; ~ karang (Geog) pulau yg terjadi drpd batu karang (jauh dr daratan), terumbu; belayar menentang (mengadang, menuju) ~ prb sesuatu pekerjaan itu harus ada tujuannya; spt batu di ~ prb amat banyak; berpulau, berpulau-pulau 1. bertompok­-tompok (orang, kampung, dll); 2. mempu­nyai pulau (lautan dll); pulau-memulau saling memulaukan: kejadian ~ juga berlaku dlm masyarakat itu; memulaukan 1. memisahkan drpd yg lain, mengasingkan, menyisihkan seseorang atau menyisihkan diri daripadanya (sehingga tidak ada perhubungan antaranya dgn orang lain): mereka yg melanggar pantang larang kadangkala dipulaukan oleh keluarga sendiri; orang itu telah dipulaukan drpd masyarakat setempat; 2. enggan menyertai atau berurusan dgn sesuatu, memboikot: hanya Parti Buruh sahaja yg ~ pilihan raya kali ini; terpulau dipulaukan, disingkirkan; kepulauan sekumpulan pulau, gugusan beberapa buah pulau: ~ Melayu; ~ Riau; pemulauan perbuatan memulaukan, pem­boikotan, pengasingan: ~ terhadap barang-barang dr Afrika Selatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.lau] | ڤولاو

Definisi : kawasan tanah yg dikelilingi air di laut atau di sungai: ~ Pinang; ~ Tioman. memulaukan 1 memisahkan dr yg lain; mengasingkan. 2 tidak mempedulikan; memboikot. kepulauan kumpulan beberapa buah pulau; gugusan pulau: ~ Melayu. pemulauan perbuatan atau hal memulaukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pulau

Puisi
 

Pulau Pisang Pulau Pauh,
     Sampai ketiga Pulau Kemudi;
Kami datang dari jauh,
     Kerana hendak membalas budi.


Lihat selanjutnya...(109)
Peribahasa

Pergi ke pulau batu digalas.

Bermaksud :

Sengaja mencari kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(20)

445

Go the whole hog

Sesuatu pekerjaan atau tindakan yang sudah dimulakan hendaklah diteruskan sehingga sempurna maksudnya atau tercapai hasilnya.

Berjalan sampai ke batas, belayar sampai ke pulau

I begin to doubt the wisdom of my chosen course of action, but go the whole hog. I am willing to sacrifice my money and face the risk because it is more dangerous to turn back than to go on.

Aku mula ragu-ragu akan kewajaran tindakan aku ini, tetapi berjalan sampai ke batas, belayar sampai ke pulau. Aku sanggup mengorbankan wang ringgit dan menghadapi risiko kerana lebih berbahaya jika aku berpatah balik daripada meneruskan sahaja tindakan aku itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
juwata[dZu.wA.tA]kata namapulau (Pulau Aur, Mersing).Man nak belaya ke juwata ituk.[mAn nA/ b«.lA.jA k« dZu.wA.tA i.tu/]Saya hendak pergi ke pulau itu.
nyak[øA/]kata tugasapa (Pulau Aur, Mersing).Aji makan nyak?[A.dZi mA.kAn øA/]Kamu makan apa?
man[mAn]kata namasaya (Pulau Aur, Mersing)Man nak senon, aji nak ikot ke?[mAn nA/ s«.non A.dZi nA/ i.kot k«]Saya hendak ke sana, kamu nak ikut ke?
tegi[tE.gi]kata adjektifberkarat (Pulau Aur, Mersing).Pesau man tegi.[pe.sAw mAn tE.gi]Pisau saya berkarat.
nyaang[øA/.AN]kata kerjaarwah (Pulau Aur, Mersing).Kawan man dah nyaang.[kA.wAn mAn dAh øA/.AN]Kawan saya sudah meninggal dunia.
gelek[g«.le/]kata adjektiftakut (Pulau Aur, Mersing).Aji gelek antu? Mane ade antu kat banda ni.[A.dZi g«.le/ An.tu mA.n« A.d« An.tu kAt bAn.dA ni]Kamu takut hantu? Mana ada hantu di bandar ni.
celek[tSe.le/]kata namazakar (Pulau Aur, Mersing).   
antai[An.tAj]kata tugastadi (Pulau Aur, Mersing).Man nonggu aji antai.[mAn noN.gu A.dZi An.tAj]Saya menunggu awak tadi.
tugong[tu.goN]kata namakain buruk (Pulau Aur, Mersing).Aji pegi ambek tugong, buat kesat ae tumpah.[A.dZi p«.gi Am.be/ tu.goN bu.wAt k«.sAt Ae tum.pAh]Kamu pergi ambil kain buruk untuk mengesat air yang tumpah.
topang[to.pAN]kata namahampas kelapa (Pulau Aur, Mersing).Topang ito dimakan ayam.[to.pAN i.to di.mA.kAn A.jAm]Hampas kelapa itu dimakan ayam.
123

Kembali ke atas