Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pun] | ڤون

Definisi : 1 juga: Saya ~ hendak pergi sama. 2 saja; jua: Apa ~ sanggup dilakukannya. Sesiapa ~ boleh menjadi ahli syarikat itu. 3 sedangkan …; bahkan …: Hendak berdiri ~ belum dpt, apatah lagi hendak berlari. 4 walau; meski: Barang itu mahal ~ dibelinya juga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pun (kata tugas)
1. Bersinonim dengan juga: pula, demikian juga, serupa,

2. Bersinonim dengan biar: kendati, meski, walau,

3. Bersinonim dengan bahkan: malahan, sedangkan,

4 Bersinonim dengan apa sahaja: bagaimana sahaja, apa-apa jua.,


Puisi
 

Mudik berenang hilir berenang,
     Hanyut sampai ke Tanjung Jati;
Budi pun kenang rupa pun kenang,
     Tuanlah pandai mengambil hati.


Lihat selanjutnya...(152)
Peribahasa

Buaian pun digoncang,
     anak pun dicubit.

Bermaksud :

Menyelimuti kelakuan jahat dengan perbuatan yang baik atau tutur kata yang manis. (Peribahasa lain yang sama makna: Buaian diayun anak dicubit.)

 

Lihat selanjutnya...(120)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kedi[k«.di]kata adjektifberkenaan saiz badan orang yang kecil daripada saiz biasa.Budak kedi tu pun kau takut, kan kau lebeh besa![bu.dA/ k«.di tu pon kAw tA.kot kAn kAw l«.beh b«.sA]Budak kecil macam itu pun kau takut, bukankah engkau lebih besar!
bingke[biN.k«]kata namasejenis kuih yang dibuat daripada parutan ubi kayu yang dibuang airnya (bingka ubi) atau pun pisang yang dilenyek (bingka pisang), diadun dengan gula dan santan dan dibakar di dalam bekas.   
ujan petos[u.dZAn p«.tos] hujan lebat.Ujan petos pon, kau nak kelua jugak.[u.dZAn p«.tos pon kAw nA/ k«.lu.wA dZu.gA/]Hujan lebat pun kau hendak keluar juga.
tak beketik[tA/ b«.k«.ti/] tidak bergerak.Nyenyaknye iye tido, tak berketik pon.[ø«.øA/.ø« i.j« ti.do tA/ b«.k«.ti/ pon]Nyenyak betul ia tidur, tidak bergerak pun.
semela[s«.m«.lA]kata kerjabergurau, berjenaka.Orang tengah besedeh pon die nak semela.[o.ÄAN t«.NAh b«.s«.deh pon di.j« nA/ s«.m«.lA]Orang sedang bersedih pun dia masih
meme[m«.m«]kata adjektifmewah.Sejak dapat keje tu, rezeki meme siket.[s«.dZA/ dA.pAt k«.dZ« tu Ä«.z«.ki m«.m« si.ket]Semenjak dapat kerja itu, rezeki pun agak mewah sedikit.
lot[lot]kata kerjalalu makan.Jelat bena budak tu, putik jambu pon lot.[dZ«.lAt b«.nA bu.dA/ tu pu.ti/ dZAm.bu pon lot]Lalu benar budak itu, putik jambu pun dimakannya
bingai[bi.NAj]kata adjektifbodoh sombong.Dah lah bingai sangat, menanye orang tak mau.[dAh lAh bi.NAj sA.NAt m«.nA.ø« o.ÄAN tA/ mAu]Sudahlah bodoh sombong, menanya orang pun tidak mahu.
tenggol[tEN.gol]kata adjektifbodoh, bebal.Tengol sangat budak ni, mengere pon tak boleh.[tEN.gol sA.NAt bu.dA/ ni m«.Ne.Ä« pon tA/ bo.leh]Bodoh benar budak ini, mengira pun tidak pandai.
nikam[ni.kAm]kata kerjamenjahit tulang belut, khas untuk baju kurung Johor.Awak dah nikam, kami nebok pon belum.[A.wA/ dAh ni.kAm kA.mi n«.bo/ pon b«.lum]Kamu sudah pun menjahit tulang belut pada leher baju, saya masih belum menebuk leher baju.
12345

Kembali ke atas