Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ram.but] | رامبوت

Definisi : 1. sj bulu yg tumbuh di kepala: ~nya ikal, lebat, dan hitam; ~ kelong dahi rambut yg ikal di dahi; anak ~ hujung rambut yg ikal pd dahi dll; gigi ~ rambut yg di pinggir; kaki ~ rambut yg di pinggir atas tengkuk; si ~ panjang bp orang perempuan; termakan di ~ sangat susah; sakit kepala panjang ~ pura-pura sakit kepala; 2. sesuatu yg spt rambut; ~ anak kundai rambut pendek di dahi pengantin; ~ genjur rambut yg kejang (tegak kaku); ~ ikal rambut yg mengombak; ~ jagung bulu pd jantung jagung; ~ kerul = ~ keriting rambut ikal kecil-kecil; ~ palsu rambut buatan; ~ sama hitam, hati masing-masing berlainan prb masing-masing orang itu mempunyai pendapat (kemahuan dll) yg berlainan; bagai ~ dibelah tujuh prb perihal sesuatu yg terlalu sedikit (kecil); spt bergantung pd (di) ~ sehelai prb sentiasa dlm keadaan yg sangat sulit dan berbahaya; spt menghela ~ dlm tepung, ~ jangan putus, tepung jangan ter­serak prb menghukum hendaklah dgn seadil-adilnya; serambut sebesar rambut, sekecil-kecilnya: tidak ada suatu kejadian yg betul-betul sempurna tanpa ada sebarang cacat walau ~ jua; berambut mempunyai atau ditumbuhi rambut: hatinya terpaut dgn pemuda yg ~ hitam ber-kilat itu; kepalanya hampir botak tidak ~ lagi; merambut berhelai-helai spt rambut; perambut sj tali (dawai) yg kuat antara tali kail dgn mata kail. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ram.but] | رامبوت

Definisi : ; akar ~ cambang sj tumbuhan (pokok memanjat), Cynanchum spp.; cenda­wan ~ ali sj tumbuhan (cendawan), Maras­mius gordipes. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ram.but] | رامبوت

Definisi : 1 bulu yg tumbuh di kepala manusia: ~nya lebat dan hitam. 2 benda spt rambut 1 (yg halus-halus dan panjang): akar ~. berambut ada rambutnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rambut (kata nama)
Bersinonim dengan uban, surai, bulu;,
Kata Terbitan : berambut,

Puisi
 

Rambut hitam berkilat-kilat,
     Jatuh ke bantal berlipat-lipat;
Tuan laksana air yang lebat,
     Minum sedikit menjadi ubat.


Lihat selanjutnya...(54)
Peribahasa

Rambut sudah dua macam (= warnanya).

Bermaksud :

Orang yang sudah setengah umur.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
belandan[b«.lAn.dAn]kata kerjabergunting rambut.Pendek rambot tu, baru belandan ke?[pen.de/ ÄAm.bot tu bA.Äu b«.lAn.dAn k«]Pendek nampak rambut itu, baru lepas berguntingkah?
meringge[m«.ÄiN.g«]kata adjektifberkenaan rambut yang menggerbang tidak terurus.Rambot meringge macam ni menakotkan orang saje.[ÄAm.bot m«.ÄiN.g« mA.tSAm ni m«.nA.kot.kAn o.ÄAN sA.dZ«]Rambut yang menggerbang tidak terurus seperti ini, menakutkan orang sahaja.
mereboi[m«.Ä«.boj]kata adjektifberkenaan rambut yang tumbuh jarang-jarang atau tidak lebat.Rambot budak tu mereboi aje, cube sapu minyak kelape.[ÄAm.bot bu.dA/ tu m«.Ä«.boj A.dZ« tSu.b« sA.pu mi.øA/ ]Rambut budak itu tidak lebat, cuba sapu minyak kelapa.
jerabos[dZ«.ÄA.bos]kata adjektifberkenaan rambut atau bulu yang tidak kemas.Misai bejerabos ni, dah tak de pisau cuko ke?[mi.sAj b«.dZ«.ÄA.bos ni dAh tA/ d« pi.sAw tSu.ko k«]Misai yang tidak kemas ini disebabkan tiada pisau cukur ke?
serbe bediri[s«r.b« b«.di.Äi] hantaran daripada pengantin lelaki kepada pengantin perempuan yang seratus peratus lengkap mulai hujung rambut hingga ke hujung kaki.   
kutong[ku.toN]kata kerjamemotong rata, repang, pepat.Akak kutong rambot adek yang panjang tu nak?[A.kA/ ku.toN ÄAm.bot A.de/ jAN pAn.dZAN tu nA/]Kakak potong pepat rambut adik yang panjang itu nak?

Kembali ke atas