Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rata;

Puisi
 

Labuan tanahnya rata,
     Anak ikan di paya dua;
Jangan takut ibu dan bapa,
     Kalau jodoh kita berdua.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Lautan yang dalam sudah diselam rata,
     buyung di dapur tak tahu apa isinya.

Bermaksud :

Negeri yang jauh sudah dilawati dan diambil tahu, tetapi hal rumah tangga sendiri tiada diperiksa bagaimana keadaannya. (Bandingkan dengan: a. Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak, b. Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan, c. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
melondang[m«.lon.dAN]kata adjektifberkenaan kotoran yang melimpah merata-rata.Ae longkang kat situ dah melondang.[Ae loN.kAN kAt si.tu dAh m«.lon.dAN]Air longkang di situ sudah melimpah merata-rata.
kutong[ku.toN]kata kerjamemotong rata, repang, pepat.Akak kutong rambot adek yang panjang tu nak?[A.kA/ ku.toN ÄAm.bot A.de/ jAN pAn.dZAN tu nA/]Kakak potong pepat rambut adik yang panjang itu nak?
kue kapet[ku.we kA.pet] sejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras, santan, sedikit gula yang dikacau rata. Adunan tersebut dikapit lalu digoreng atau dibakar; opak belanda.   
opak belanda[o.pA/ b«.lAn.d«] sejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras, santan, sedikit gula dan dikacau rata. Adunan tersebut dikapit lalu digoreng atau dibakar; kue kapet.   
kue coroh[ku.we tSo.Äoh] sejenis kuih yang dibuat daripada tepung gandum, santan, gula, daun pandan dan rempah seperti kayu manis, pekkak (bunga lawang) dan cengkih yang digaul rata sebelum dibakar.   
coreng[tSo.ÄeN]kata namalantai papan (Pulau Aur, Mersing).Coreng romah aji rate, sedap dudok.[tSo.ÄeN Äo.mAh A.dZi ÄA.te s«.dAp du.do/]Lantai rumah kamu rata, selesa duduk.
barah batu[bA.ÄAh bA.tu] tahi ayam.Jangan meradang bile tepijak barah batu, dah ayam besepah.[dZA.NAn m«.ÄA.dAN bi.l« t«.pi.dZA/ bA.ÄAh bA.tu dAh A.jAm b«.se pAh]Jangan meradang apabila terpijak tahi ayam kerana ayam berada merata-rata.

Kembali ke atas