Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. goreng; pisang ~ pisang goreng; ~ kasturi kuih kasturi, kuih rengas; 2. sj lauk yg dibuat drpd daging dll yg dirempah-rempahi (dibubuh santan dan dimasak sampai kering): ~ Johor; ~ Padang; berendang yg direndang; termakan cirit ~ prb termakan ubat guna-guna maka dikuasai orang; merendang 1. menggoreng: ~ ikan; 2. memasak hingga kering dgn santan, memasak rendang; 3. menggoreng tanpa minyak: ~ bertih; ~ biji kopi; perendangan periuk (belanga dll) yg dipakai utk merendang. merendang menjadi rendang: pokok itu tidak mungkin tumbuh ~ sepenuhnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (réndang) rendah dan banyak daun serta cabangnya: di bawah pokok kayu yg ~ kelihatan sepasang manusia; merendang menjadi rendang: pokok itu tidak mungkin tumbuh ~ sepenuhnya; merendangkan menjadikan rendang: dahan-dahan tertentu perlu dicantas utk ~ pokok itu; rendangan daun yg rendang: ia dilindungi oleh ~ pokok ceri; kerendangan perihal, keadaan atau sifat ren­dang: ~ pohon-pohon di situ dapat dijadi-kan tempat berteduh drpd pancaran mata-hari yg terik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (réndang) Kd; merendang me­ratib saman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (réndang) Kd sj perahu yg sempit lagi rendah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /réndang/ banyak daun dan cabangnya (bkn pokok); rimbun: Mereka berteduh di bawah pokok ceri yg ~ di tepi padang. merendangkan menjadikan rendang: Dlm usaha utk ~ pokok-pokok itu, mereka mencantas dahan-dahan tertentu. kerendangan keadaan rendang: ~ menyebabkan pohon-pohon itu dijadikan tempat berteduh drpd sinaran matahari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : 1 makanan yg dimasak dlm kuali dgn minyak atau tidak; makanan yg digoreng: ~ kesturi kuih yg dibuat drpd kacang hijau dll dan dimasak dlm kuali; kuih kesturi. 2 lauk yg dibuat drpd daging, ayam dll serta dibubuhi rempah dan dimasak dgn santan kelapa hingga kering. merendang 1 memasak sesuatu dlm kuali dgn minyak atau tidak; menggoreng: ~ bertih; ~ kacang. 2 memasak rendang: ~ daging. perendangan periuk belanga dll yg digunakan utk merendang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rendang
Rujuk :rimbun

Puisi
 

Rendang sungguh pohon ara,
     Tumbuh subur tepi telaga;
Tidak salah berkenal mesra,
     Tatasusila perlu dijaga.


Lihat selanjutnya...(23)

Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
sahang[sA.hAN]kata kerjagoreng tanpa minyak, rendang.Kacang tanah disahang saje sebab masakan tu tak boleh ade minyak[kA.tSAN tA.nAh di.sA.hAN sA.dZ« s«.bAb mA.sA.kAn tu tA/ Kacang tanah itu digoreng tanpa minyak sahaja kerana masakan itu adalah jenis yang tanpa berminyak.

Kembali ke atas