Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ri.mas] | ريمس

Definisi : 1. berasa tidak enak (tidak nyaman, tidak senang) kerana panas dll: kebanyakan orang muda sekarang kurang gemar lagi memakai pakaian kebangsaan, ~ kata mereka; 2. tidak senang hati, gelisah hati: perkataan itu seolah-olah utk menyenang­kan hatinya sendiri yg berasa ~ bergelap begitu; merimaskan menyebabkan tidak enak (tidak nyaman, tidak senang, dll), meng­ganggu (fikiran), merunsingkan: ia disuruh memakai pakaian yg ~; berita buruk yg diterimanya itu ~ kepalanya; kerimasan perasaan rimas, kegelisahan hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ri.mas] | ريمس

Definisi : 1 (berasa) tidak enak atau tidak senang kerana panas, bersesak-sesak dll. 2 tidak senang hati; (berasa) gelisah. merimaskan menyebabkan atau menimbulkan rasa rimas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rimas (adjektif)
Bersinonim dengan tidak senang, tidak selesa, tidak tenteram.,


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
rense[Äen.s«]kata adjektifrimas.Bile adek meragam, rense kite dibuwatnye.[bi.l« A.de/ m«.ÄA.gAm Äen.s« ki.t« di.bu.wAt.ø«]Apabila adik sedang meragam rimas kita semua dibuatnya.
beketuntang II[b«.k«.tun.tAN]kata adjektif berkenaan barang-barang yang terbiar dengan tidak tersusun atau tidak teratur; besele. Rimas nengok daponye dibiyakan beketuntang.[Äi.mAs ne.No/ dA.po.ø« di.bi.jA.kAn b«.k«.tun.tAN]Rimas apabila kita melihat dapurnya yang dibiarkan tidak tersusun dan tidak teratur.

Kembali ke atas