Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ma.sa.ma] | سام٢

Definisi : 1 pd waktu yg sama (melakukan sesuatu); dlm keadaan yg sama: Mereka ~ membantu menyiapkan projek itu. Dua sahabat itu ~ lemah utk memberikan bantuan. 2 semuanya sekali; kesemuanya: Dlm hal ini, mereka ~ bersalah. 3 kata yg diucapkan sbg membalas ucapan terima kasih drpd orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sama-sama

Puisi
 

Jangan tuan mengail tenggiri,
     Sama-sama mengail sembilang;
Jangan tuan menghina diri,
     Sama-sama dagang terbuang.


Lihat selanjutnya...(201)
Peribahasa

Orang bergayung sama pandai,
     sama bak kundi atas dulang.

Bermaksud :

Sama-sama ahli; sama-sama pendekar. kundi = biji saga.

 

Lihat selanjutnya...(1000)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
mengelon[m«.Ne.lon]kata kerjamenyusun sama lebar lipatan kain kurung Johor dengan kemas, sama ada dikumpulkan di sebelah kiri atau kanan kemudian diikat dengan tali pinggang atau ‘tali perut’.Mengelon kaen tu biya betol-betol karang beranak.[m«.Ne.lon kAen tu bi.jA b«.tol.b«.tol kA.ÄAN b«.ÄA.nA/]Mengikat kain itu biar betul-betul, nanti beranak.
elon[e.lon]kata namasusunan sama lebar (bagi kain kurung Johor), kira-kira sepelempap untuk tiga atau empat susun dan diikat di tepi pinggang.Buat elon kaen tu biar betol-betol, kang teburai pulak.[bu.wAt e.lon kAen tu bi.jA b«.tol.b«.tol kAN t«.bu.ÄAj pu.lA/]Buat elon kain itu biarlah cermat, nanti terburai pula.
kayu keramat[kA.ju k«.ÄA.mAt] sejenis kuih yang dibuat daripada tepung, air dan yis (sama seperti donat) dan digoreng. Bentuk kuih ini panjang kira-kira sejengkal; batang keramat.   
batang keramat[bA.tAN k«.ÄA.mAt] sejenis kuih yang dibuat daripada tepung, air dan yis (sama seperti donat) dan digoreng. Bentuk kuih ini panjang hingga sejengkal; kayu keramat.   
pahape[pA.hA.p«]kata namabarang-barang atau benda-benda yang ada.Tolong angkat same pahape kawan ni, berat sangat.[to.loN AN.kAt sA.m« pA.hA.p« kA.wAn ni b«.ÄAt sA.NAt]Tolong angkat sama barang-barang saya ini, terlalu berat.
celam-belom[tS«.lAm.b«.lom]kata adjektiftidak sekata atau tidak seragamSusun buku ni yang same besa setempat, jangan celam-belom.[su.sun bu.ku ni jAN sA.m« b«.sA s«.t«m.pAt dZA.Nan ]Susun buku-buku ini, yang sama besar setempat, jangan tidak seragam.

Kembali ke atas