Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sam.pah] | سمڤه

Definisi : 1. benda-benda yg dibuang, kotoran (daun-daun kering, kertas-kertas kotor, dll), sarap; ~ sarap bermacam-macam sampah; 2. sesuatu (benda atau orang) yg tidak berharga atau berguna; ~ dunia = ~ masyarakat orang yg hina; ~ itu di tepi juga prb orang yg hina (miskin) itu selalunya tidak dipedulikan orang; ~ jangan ditendang sepak prb orang yg miskin jangan dihinakan; spt ~ hanyut prb orang miskin yg hidup melarat; teralang-alang bagai ~ dlm mata prb kemusykilan yg tidak dapat dilahirkan; menyampah 1. berasa benci (terhadap sesuatu atau seseorang), meluat, jijik: Semah ~ bukan kepalang; 2. spt sampah (kerana terlalu banyak dll); 3. bp mengganggu orang (mengacau dll); persampahan tempat membuang (tim­bun-an) sampah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sam.pah] | سمڤه

Definisi : 1 benda-benda yg dibuang (kerana tidak digunakan lagi) atau yg tidak dikehendaki (spt kertas kotor, daun kering). ~ sarap bermacam-macam jenis sampah. 2 sesuatu yg tidak berharga atau yg tidak berguna. ~ dunia (masyarakat) orang yg hina dan tidak berguna kpd masyarakat. menyampah 1 spt sampah rupanya kerana terlalu banyak atau tidak berguna. 2 ki berasa benci atau meluat: Pergi engkau dr sini, ~ aku melihat mukamu. persampahan tempat membuang sampah; timbunan sampah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sampah (kata nama)
Bersinonim dengan kotoran, najis, latah, sarap, buangan, hampas, sisa, reja;,
Kata Terbitan : menyampah,

Puisi
 

Kalau ada kaca di pintu,
     Ambil lidi sapukan sampah;
Mengapa tuan kata begitu,
     Kalau sudi apatah salah.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Sampah itu di tepi juga.

Bermaksud :

Orang yang hina (miskin) sering kali tidak diendahkan orang.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
lolok[lo.lo/]kata namalongkang besar.Lolok tu penoh sampah, susah ae nak lalu.[lo.lo/ tu p«.noh sAm.pAh su.sAh Ae nA/ lA.lu]Longkang besar itu penuh dengan sampah sarap, susah air hendak mengalir.
ngeripes[N«.Äi.pes]kata kerjamembuat sesuatu kerja yang ringan secara menyambil sahaja.Ngeripes aje die, ngutep sampah.[N«.Äi.pes A.dZ« di.j« Nu.tep sAm.pAh]Dia menyambil-nyambil sahaja mengutip sampah.
keseng[k«.seN]kata adjektifbersih dan tidak ada sampah sarap.Tengah laman tu keseng tak de selai daon pon.[t«.NAh lA.mAn tu k«.seN tA/ d« s«.lAj dAon pon]Halaman itu bersih, tidak ada sehelai daun pun yang kelihatan.
tengkoh[t«N.koh]kata kerjamengetuk sesuatu pada benda keras agar terkeluar baki isinya, seperti mengeluarkan hampas kelapa yang melekat dari besen.Tengkoh saje ampas kelape dari besen tu ke tong sampah.[t«N.koh sA.dZ« Am.pAs k«.lA.p« dA.Äi be.sen tu k« toN ]Ketuk sahaja hampas kelapa yang terdapat pada besen itu ke dalam tong sampah.

Kembali ke atas