Display virtual keyboard interface
 

Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
melangsang[m«.lAN.sAN]kata kerjameredah semak atau belukar; merepau.Awak melangsang tu ape nak carik, kan semak tu penoh duri?[A.wA/ m«.lAN.sAN tu A.p« nA/ tSA.Äi/ kAn s«.mA/ tu Kamu meredah semak itu apa yang hendak dicari, bukankah semak itu penuh duri?
tesantol[t«.sAn.tol]kata kerjatersangkut kaki hingga hampir jatuh, terseradung.Kuku kaki Munah bedarah, tesantol bendol.[ku.ku kA.ki mu.nAh b«.dA.ÄAh t«.sAn.tol b«n.dol]Kuku kaki Munah berdarah akibat terseradung bendul.
besanggo[b«.sAN.g]kata kerjasinggah sementara untuk rombongan pengantin lelaki sebelum dilangsungkan acara persandingan di rumah pengantin perempuan.Sari semalam angkatan pengantin lelaki besanggo di rumah Mak Kiah sebelom ke rumah pengantin pempuan.[sA.Äi s«.mA.lAm AN.kA.tAn p«.NAn.ten l«.lA.ki b«.sAN.g di  ]Sehari semalam rombongan pengantin lelaki menyinggah sementara di rumah Mak Kiah sebelum menuju ke rumah pengantin perempuan.
sangkel[sAN.kel]kata adjektifkurang sedikit daripada yang diharap.Harap-harap telo ayam tu netas semue, tapi sayang, sangkel siket.[hA.ÄAp.hA.ÄAp t«.lo A.jAm tu n«.tAs s«.mu.w« tA.pi sA.jAN Harap-harap telur ayam itu menetas semua, tetapi sayang kurang sedikit.
ledot[l«.dot]kata adjektifpekat (biasanya santan).Ledot betol santan kelape tu.[l«.dot b«.tol sAn.tAn k«.lA.p« tu]Pekat betul santan kelapa itu.
bego II[b«.g]kata adjektifberkenaan perempuan yang mempunyai sifat atau ciri kelaki-lakian.Aku sangke die ni jantan, rupenye bego.[A.ku sAN.k« di.j« ni dZAn.tAn Äu.p«.ø« b«.g]Saya sangka dia ini lelaki, rupanya perempuan yang mempunyai sifat kelaki-lakian.
bonyo[bo.øo]kata adjektifberkenaan buah yang terlalu lembik kerana sudah lama terbiar atau terjatuh atau dihempap sesuatu.Pisang dah bonyo, baek buang aje.[pi.sAN dAh bo.øo bAe/ bu.wAN A.dZ«]Pisang yang sudah lembik, lebih baik dibuang sahaja.
bentat[b«n.tAt]kata adjektifberkenaan kuih yang kurang naik kerana salah adunan atau lambat dimasak dan lain-lain.Kek pisang tu bentat, terlebeh tepong.[ke/ pi.sAN tu b«n.tAt t«.l«.beh t«.poN]Kek pisang itu tidak cukup naik kerana terlebih tepung.
bang[bAN]kata tugassingkatan daripada perkataan “barang” yang bermaksud kadar atau agak-agak.Berikan mak bang sebiji pisang.[b«.Äi.kAn mA/ bAN s«.bi.dZi pi.sAN]Berikan mak barang sebiji pisang.
ade petemu[A.d« p«.t«.mu] ada jodoh.Kalau anak-anak kite ade petemu, bebesanlah kite.[kA.lAw A.nA/.A.nA/ ki.t« A.d« p«.t«.mu b«.b«.sAn.lAh ki.t«]Kalau anak-anak kita ada jodoh berbesanlah kita.
12

Kembali ke atas