Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ngat] | ساڠت

Definisi : 1. terlalu, terlampau: bilangan murid yg mendapat sijil pertama ~lah sedikit; 2. hebat, kuat, menjadi teruk: susahnya amat ~; penyakitnya bertambah ~; 3. benar-benar (sungguh-sungguh, sememangnya, dll): mereka mahu ~ mendengar cerita itu; apalah ~ apa pentingnya (mustahaknya dll); sangat-sangat 1. terlalu (terlampau dll) sangat, amat sangat: cermin itu suatu benda yg ~ ajaib; elektromagnet adalah ~ berguna; 2. sungguh-sungguh benar: burung dan binatang mamalia ~ mengambil berat akan keselamatan anak mereka; bersangatan amat (terlalu) sangat: seluruh anggotanya telah letih lesu oleh ~ penat; menyangat menjadi lebih hebat (kuat, teruk, dll): dr sehari ke sehari semakin ~ sahaja sakitnya itu; menyangatkan menjadikan hebat (kuat, teruk, dll); mempersangat menjadikan bertambah sangat, menjadikan lebih (hebat, kuat, teruk, dll); tersangat terlalu sangat, teramat sangat: penyakit ini ~ mudah berjangkit; kesangatan 1. perihal sangat, keterlaluan; 2. teramat sangat: segala orang Melaka tidak boleh berdiri di pantai, drpd ~ bedil Peringgi itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ngat] | ساڠت

Definisi : 1 kata yg digunakan utk me­nya­takan perbandingan yg tinggi; ter­lalu; terlampau: Harganya ~ tinggi. 2 makin menjadi (bkn penyakit); teruk; kuat: Penyakitnya bertambah ~. 3 dgn sungguh-sungguh benar; tidak main-main: Saya hendak ~ pergi ke sana. sangat-sangat 1 = tersangat terlalu sangat; teramat sangat: ~ pedihnya. 2 sungguh-sungguh benar; tidak olok-olok lagi: Dia ~ memerlukan bantuan tuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sangat

Puisi
 

Sangat tinggi bukit puaka,
     Pak Wan lalu ke Kelang;
Abang pergi tidak mengapa,
     Adik tinggal menanggung bimbang.


Lihat selanjutnya...(41)
Peribahasa

Bersarak serasa hilang,
     bercerai serasa mati.

Bermaksud :

Sangat rindu; sangat berkasih-kasihan. (Peribahasa lain yang sama makna: Berjarak serasa hilang, bercerai serasa mati). sarak = pisah.

 

Lihat selanjutnya...(229)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tawa melese[tA.wA m«.l«.se] sangat tawar.Gulai ni tawa melese![gu.lAj ni tA.wA m«.l«.se]Gulai ini sangat tawar.
terejal[t«.Ä«.dZAl]kata adjektifnakal.Terejal sangat, mane tak jatoh paret.[t«.Ä«.dZAl sA.NAt mA.n« tA/ dZA.toh pA.Äet]Budak itu sangat nakal, mana tidak terjatuh parit.
male[mA.l«]kata adjektifterlampau masak, ranum.Kenape datang lambat sangat, buwah dah male.[k«.nA.p« dA.tAN lAm.bAt sA.NAt bu.wAh dAh mA.l«]Kenapa datang lambat sangat, buah dah terlampau masak.
kelebang[k«.l«.bAN]kata adjektifmalas.Orang kalau kelebang sangat, memang payah[o.ÄAN kA.lAw k«.l«.bAN sA.NAt me.mAN pA.jAh nA/ mA.so/ Kalau kita malas sangat, memang sukar mendapat rezeki.
tebelekek[t«.b«.l«.ke/]kata adjektiftercekek, termengkelan; begek.Nak cepat sangat sampai makan pon tebelekek.[nA/ tS«.pAt sA.NAt sAm.pAj mA.kAn pon t«.b«.l«.ke/]Hendak cepat sangat hingga makan pun tercekek.
dubul[du.bol]kata adjektiftumpul (pada alat, senjata dan lain-lain).Mate parang ni dubol sangat.[mA.t« pA.ÄAN ni du.bol sA.NAt]Mata parang ini sangat tumpul.
lewat[le.wAt]kata adjektifterlalu manja (anak).Maklomle lewat sangat, sampai tak boleh berenggang langsong dengan mak.[mA/.lom.l« le.wAt sA.NAt sAm.pAj tA/ bo.leh b«.Ä«N.gAN ]Maklumlah manja sangat, hingga tidak boleh berenggang langsung dengan emak.
leweh[le.weh]kata adjektif1. berkenaan cakap yang lambat dan berlagu (tidak bersemangat dan tidak tegas). 2. sangat longgar; lohe 1.1. Cakapnye leweh buwat orang malas nak denga. 2. Baju leweh sangat, nampak macam baju pinjam.[tSA.kAp.ø« le.weh bu.wAt o.ÄAN mA.lAs nA/ d«.NA]2 1. Cakapnya yang lambat menyebabkan orang malas hendak mendengarnya. 2. Bajunya terlalu longgar hingga kelihatan seperti baju yang
pua[pu.wAâ]kata adjektiftidak waras, kurang sempurna akal.Jangan pecaye sangat budak ali tu, die ni pua sikit.[dZA.NAn p«.tSA.j« sA.NAt bu.dA/ A.li tu di.j« ni pu.wAâ si.kit]Jangan percaya sangat budak Ali itu, dia ini kurang waras.
tokkon[to/.kon]kata namaalat pemegang periuk panas yang dibuat daripada perca kain; tokpu.Mane tokkon ni, periyok ni panas sangat, meleco tangan kawan.[mA.n« to/.kon ni p«.Äi.jo/ ni pA.nAs sA.NAt m«.l«.tSo tA.Nan Mana kain pemegang, periuk ini panas sangat, melecur pula tangan saya.
1234

Kembali ke atas