Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1 angka pertama ketika membilang; 1; bilangan 1. 2 tidak ada yg lain lagi; tunggal: Tuhan hanya ~. satu-satu 1 = satu per satu lepas satu, satu; satu demi satu; setiap kali satu. 2 = sesuatu apa-apa yg belum tentu atau yg tidak tentu. bersatu 1 berkumpul (bertaut, bergabung) menjadi satu: Bangsa-Bangsa ~. 2 = ~ hati ber­muafakat benar-benar; seia sekata: ~ teguh, bercerai roboh. 3 duduk bersama (bkn suami isteri): Mereka sudah me­lang­­sung­kan akad nikah tetapi belum ~ lagi. menyatu bersenyawa (menjadi satu): Semasa persenyawaan, gamet jantan dan gamet betina ~. menyatukan 1 meng­gabungkan atau mengumpulkan men­jadi satu; menjadikan satu: Usahanya hendak ~ semua syarikat kerjasama masih belum berjaya lagi. 2 mengahwinkan; menikahkan: Mereka telah disatukan. mempersatukan menjadikan bersatu (ttg rakyat sesebuah negara dll): Usaha utk ~ rakyat yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum di negara ini berjalan lancar. satuan 1 angka yg menduduki rumah sa pd bilangan yg terdiri drpd dua angka atau lebih: Pd bilangan 182, ~nya 2, puluhannya 8 dan ratusannya 1. 2 kadar yg digunakan utk mengukur atau utk menyukat sesuatu; unit. kesatuan 1 keadaan atau hal yg satu; keesaan: ~ Allah. 2 = ~ Sekerja kumpulan pekerja yg bertujuan menjaga kepentingan mereka. persatuan 1 keadaan bersatu; gabungan drpd beberapa bahagian yg telah bersatu: memperkukuh ~ rakyat Malaysia. 2 kumpulan beberapa orang, pasukan dsb yg mempunyai tujuan yg sama; pertubuhan: ~ Bola Sepak Malaysia; ~ Murid Tua Kolej Melayu, Kuala Kangsar. berpersatuan bergiat dlm persatuan: Dia asyik ~ sehingga lupa akan tanggungjawabnya di rumah. penyatuan proses (perbuatan dsb) me­nyatu atau menyatukan: ~ sel. penyatu orang dll yg menyatukan (sesuatu): Beliaulah ~ negara Jerman yg menggunakan paksaan dan kekuatan senjata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
satu (kata nama)
Bersinonim dengan tunggal, esa, ahad, eka, se, ganjil;,
Kata Terbitan : satu-satunya, bersatu, menyatukan, menyatupadukan, kesatuan, persatuan, berpersatuan, penyatu, penyatuan,

Puisi
 

Anak ayam turun dua,
     Satu mati tinggal satu;
Minta ampun segala dosa,
     Hendak menyebut Tuhan yang satu.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Seembus (sehembus) naik,
     seembus (sehembus) turun.

Bermaksud :

Sudah satu-satu nafasnya.

 

Lihat selanjutnya...(54)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
beketuntang I[b«.k«.tun.tAN]kata kerja2. melonjak kegembiraan.Bile dapat nombo satu beketuntang die.[bi.l« dA.pAt nom.bo sA.tu b«.k«.tun.tAN di.j«]Apabila mendapat nombor satu, dia melonjak kegembiraan.
taong[tA.oN]kata tugastidak berguna.Taong betol si Ali tu, penat saje menyurohnye, satu bende tak menjadi.[tA.oN b«.tol si A.li tu p«.nAt sA.dZ« m«.øu.Äoh.ø« Tidak berguna betul si Ali itu, buat penat kita sahaja menyuruhnya, satu benda pun tidak dibuatnya.
ketengi[k«.t«.Ni]kata adjektifmalu kerana kalah tanding atau kena tipu.Die ketengi sebab adeknye dapat nombo satu, die nombo corot.[di.j« k«.t«.Ni s«.bAb A.de/.ø« dA.pAt nom.bo sA.tu di.j« Beliau berasa malu kerana adiknya mendapat nombor satu dan dia nombor corot.
dengkes[deN.kes]kata adjektifpendek pada salah satu kaki (pada manusia atau haiwan).Orang jumpa harimau dengkes takkan nak tunggu. Cabut larilah![o.ÄAN NtSum.p« hA.Äi.mAw deN.kes tA/.kAn nA/ tuN.gu ]Sudah terjumpa harimau berkaki pendek sebelah takkan nak tunggu. Cabut larilah!
setotet[s«.to.tet]kata adjektifterlalu sedikit, secubit (satu atau dua jari); secoet.Bagilah jamah, setotet pon tak ape.[bA.gi.lAh dZA.mAh s«.to.tet pon tA/ A.p«]Berilah jamah, secubit pun tidak mengapa.
secoet[s«.tSo.et]kata adjektifterlalu sedikit, secubit (satu atau dua jari); setotet.Gule secoet mane nak cukop buat kopi seteko.[gu.l« s«.tSo.et mA.n« nA/ tSu.kop bu.wAt ko.pi s«.te.ko]Gula yang terlalu sedikit itu mana cukup untuk membuat seteko air kopi.
menyelalu[m«.ø«.lA.lu]kata namacara memukul kompang dengan satu pukulan.Kalau ajak maen kompang, kawan ni menyelalu tau, meningkah tak.[kA.lAw A.dZA/ mAen kom.pAN kA.wAn ni m«.ø«.lA.lu tAw Kalau diajak bermain kompang, saya tahu menyalalu, tidak tahu meningkah.
cuci[tSu.tSi]kata namahantaran daripada pengantin lelaki kepada pengantin perempuan yang hanya mengandungi sejumlah wang hantaran, cincin kahwin dan hadiah berbentuk kelengkapan baju dan lain-lain tanpa barang kemas yang selengkapnya.Kami lebeh suke hantaran lime ribu cuci daripade tige ribu serbe satu.[kA.mi l«.beh su.k« hAn.tA.ÄAn li.m« Äi.bu tSu.tSi dA.Äi.pA.d« Saya lebih suka hantaran lima ribu cuci daripada tiga ribu serba satu.

Kembali ke atas