Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ka.li] | سکالي

Definisi : ® kali I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ka.li] | سکالي

Definisi : 1 satu kali: Hanya ~ itulah saja saya ber­jumpa dgn dia. 2 berserta; bersama: Apabila kamu pergi nanti, bawalah barang-barang ini ~. 3 tidak ada kecualinya; seluruhnya; semuanya: Perompak-perom­pak itu telah dibunuhnya ~. 4 sangat; sung­guh; benar: Cantik ~ gadis itu. sekali-kali sedikit pun; sama sekali: Jangan ~ mengambil hak orang lain. sekali-sekali, sesekali, sekali-sekala pd sesuatu waktu; tidak kerap; kadang-kadang: ~ ada juga dia datang ke mari. bersekali bersama-sama (dgn); berserta (dgn). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.ka.li] | سکالي

Definisi : 1 satu kali: Kamu hendaklah mandi sekurang-kurangnya ~ sehari. 2 semuanya atau seluruhnya: Mereka menggali lubang itu dan mengambil telur yg terlonggok di dlmnya ~. 3 amat; sangat; paling: Pahang ialah negeri yg besar ~ di Semenanjung Tanah Melayu. 4 = sekali gus semuanya dikerjakan pd satu waktu. 5 pd suatu masa; pd suatu waktu: ~ persetua sekali peristiwa. ~ lalu a. tidak mengamati betul-betul; sambil lalu; sepintas lalu. b. serentak; sekali gus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekali

Puisi
 

Tebang puan pangkal Jeddah,
     Sekali tebang sekali tumbuh;
Kalau tuan cakap tak sudah,
     Sekali hendak sekali tak ambuh.


Lihat selanjutnya...(107)
Peribahasa

Lurus-lurus ekor anjing,
     walau bagaimanapun ada juga bengkoknya.

Bermaksud :

Orang yang sudah biasa berbuat jahat itu sekali-sekali akan berbalik juga hatinya hendak berbuat jahat. (Lihat juga: a. Betapapun lurus paku, hujungnya berbentuk juga, b. Betul, betul ekor anjing; walau bagaimanapun ada juga bengkoknya).

 

Lihat selanjutnya...(110)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
lenyu[l«.øu]kata adjektifberkenaan enjin yang mudah hidup.Burok-burok pon kereta ni, sekali setat lenyu.[bu.Äo/.bu.Äo/ pon k«.Äe.t« ni s«.kA.li s«.tAt l«.øu]Buruk-buruk pun kereta ini, sekali mula terus hidup
keloleng[k«.lo.leN]kata adjektifcomot atau kotor (terutama pada bahagian kaki).Tengok adek kau tu, keloleng sekali, tentu maen lecak.[te.No/ A.de/ kAw tu k«.lo.leN s«.kA.li t«n.tu mAen le.tSA/]Lihat adik engkau itu, comot sekali, sudah tentu bermain lecak
cemamai[tS«.mA.mAj]kata adjektifhancur (kerosakan fizikal yang teruk).Cemamai sekali muke die kene langga.[tS«.mA.mAj s«.kA.li mu.k« di.j« k«.n« lAN.gA]Hancur mukanya akibat kemalangan.
mentong[men.toN]kata kerjamemakan makanan asas selepas waktu makan yang lazim.Baru pukol tige, Mak Usu dah mentong.[bA.Äu pu.kol ti.g« mA/ u.su dAh men.toN]Baru pukul tiga, Mak Usu makan sekali lagi.

Kembali ke atas