Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.luar] | سلوار

Definisi : sj pakaian, celana; ~ dalam = ~ katuk seluar yg dipakai yg ter-hampir sekali dgn bahagian kulit; ~ lemang seluar yg kecil kaki-nya; ~ panjang seluar yg panjang kakinya; ~ pendek (pandak, sampak) seluar yg pendek kakinya; berseluar memakai seluar: ia ~ panjang warna kuning. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.luar] | سلوار

Definisi : pakaian berkaki yg dipakai dr pinggang ke bawah (ada yg panjang dan ada yg pendek); celana. berseluar memakai seluar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seluar (kata nama)
Bersinonim dengan celana, sarwal, serual, lancingan;,
Kata Terbitan : berseluar,

Puisi
 

Baju putih seluar putih,
     Bawa pergi sembahyang Jumaat;
Duduk letih berdiri letih,
     Bagai budak tidak semangat.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

255

Strike while the iron is hot

Ambillah kesempatan sepenuhnya daripada keadaan atau peluang yang ada sebelum ia lenyap.

Menjemur sementara panas

"People are going to tight pants this season, and we should quickly strike while the iron is hot ," said the boutique owner, hoping to reap a big profit out of the short-lived favourable situation.

''Musim ini, orang suka pakai seluar ketat, dan kita perlulah segera menjemur sementara panas,'' kata pemilik butik itu yang berharap dapat mengaut keuntungan besar daripada keadaan itu yang datang hanya sekejap.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
rambai jadi[ÄAm.bAj dZA.di] koyak di bahagian kaki seluar.Seluo dah rambai jadi ni, tak patot kau pakai ke bando.[s«.lu.w dAh ÄAm.bAj dZA.di ni tA/ pA.tot kAw pA.kAj k« Kaki seluar engkau sudah koyak, tidak wajar engkau pakai untuk pergi ke bandar.
besemuyas[b«.s«.mu.jAs]kata adjektifberkenaan kain dan lain-lain yang bercarik-carik berjerabai; becemabai, besemunyas.Abes besemuyas kaki seluar tu kene giget mak menti.[A.bes b«.s«.mu.jAs kA.ki s«.lu.w tu k«.n« gi.get mA/ m«n.ti]Habis berjerabai kaki seluar itu digigit tikus.
besemunyas[b«.s«.mu.øAs ]kata adjektifberkenaan kain dan lain-lain yang bercarik-carik berjerabai; becemabai, besemuyas.Abes besemunyas kaki seluar tu kene giget mak menti.[A.bes b«.s«.mu.øAs kA.ki s«.lu.w tu k«.n« gi.get mA/ m«n.ti]Habis berjerabai kaki seluar itu digigit tikus.
selua kabol[s«.lu.wA kA.bol] sejenis seluar yang berkaki kecil yang dipadankan dengan baju Melayu Johor.   
ala ale[A.lA A.le] berkenaan cara berpakaian yang tidak kemas.Pakai betol-betol seluwo tu, jangan ala ale aje, malu kawan.[pA.kAj b«.tol.b«.tol s«.lu.w tu dZA.NAn A.lA A.le A.dZ« mA.lu kA.wAn]Pakailah seluar itu betul-betul, jangan nampak tidak kemas, nanti malu saya.

Kembali ke atas