Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sekalian, segala: kalau ada wang, ~ boleh dibuat; 2. = semuanya, ke­semuanya sekaliannya: ~ memuji dia; 3. = kesemua segenap, setiap, seluruh: bunga itu merah ~; semua-semuanya segala-galanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak ada yg dikecualikan; sekalian; segala: ~ orang akan mati. 2 = semuanya, kesemuanya sekaliannya sekali: Kambing dan lembunya ~ dijual. 3 seluruhnya; segala-galanya: Berapa harga ~nya? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
semua (kata tugas)
1. Bersinonim dengan sekalian: segala, seluruh, sarwa, sekotah,

2. Bersinonim dengan sekaliannya: kesemuanya, serba serbi, semuanya, setiap,

3. Bersinonim dengan segenap: setiap, seluruh, serata, seantero.,


Puisi
 

Kain tanjung kain pelikat,
     Semua sudah dijahit enjin;
Bunga berjunjung teguh berikat,
     Tidak bergoyang ditiup angin.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Kita semua (= sekalian) mati,
     tetapi kubur masing-masing.

Bermaksud :

Masing-masing orang dengan pembawaan dan cara hidupnya yang tersendiri, meskipun berkaum keluarga.

 

Lihat selanjutnya...(23)

375

All men must die

Semua orang pasti mati.

Singkat tidak terulas, panjang tidak terkerat

I just couldn't believe it when my brother passed away that morning. He was still young.But all men must die. Only God is immortal.

Aku tak percaya yang adikku pergi buat selama-lamanya. Dia masih muda. Namun singkat tidak terulas, panjang tidak terkerat. Hanya Tuhan sahaja yang daim.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(25)

Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
melentong[m«.l«n.toN]kata kerjamemukul kompang, rebana dan lain-lain secara terlajak.Semua pandang muke die, orang dah berenti die maseh melentong.[s«.mu« pAn.dAN mu.k« di.j« o.ÄAN dAh b«.Ä«n.ti di.j« ]Semua orang memandang kepadanya, orang lain sudah berhenti, dia masih memukul kompang.
rencek[Äen.tSe/]kata adjektifmengada-ngada.Kalau dah rencek semue orang menyampah.[kA.lAw dAh Äen.tSe/ s«.mu.w« o.ÄAN m«.øAm.pAh]Kalau sudah mengada-ngada semua orang menyampah.
rense[Äen.s«]kata adjektifrimas.Bile adek meragam, rense kite dibuwatnye.[bi.l« A.de/ m«.ÄA.gAm Äen.s« ki.t« di.bu.wAt.ø«]Apabila adik sedang meragam rimas kita semua dibuatnya.
seligan-ligan[s«.li.gAn.li.gAn]kata tugaskesemuanya.Seligan-ligan makanan atas meja abes dimakan.[s«.li.gAn.li.gAn mA.kA.nAn A.tAs me.dZA A.bes di.mA.kAn]Semua makanan di atas meja habis dimakannya.
merentong[m«.Ä«n.toN]kata kerjamerepek.Padanle kawan-kawan lari, kau ni kuat merentong.[pA.dAn.le kA.wAn.kA.wAn lA.Äi kAw ni ku.wAt m«.Ä«n.toN]Patutlah kawan-kawan semua lari, engkau ini
kendarat[k«n.dA.ÄAt]kata namaorang yang ditugaskan untuk menyediakan dan mengangkat hidangan jamuan semasa majlis kenduri.Semue idangan kendarat yang bawak.[s«.mu.w« i.dA.NAn k«n.dA.ÄAt jAN bA.wA/]Semua hidangan itu diangkat oleh kendarat.
mongeng[mo.NeN]kata adjektifmalu kerana rahsia terbongkar.Mongeng rasa Ali bile orang semue tau rasienye monteng.[mo.NeN ÄA.s« A.li bi.l« o.ÄAN s«.mu.w« tAw ÄA.si.j«.ø« ]Ali rasa malu apabila semua orang tahu rahsianya memonteng.
ambek ngap[Am.be/ NAp] berhenti sebentar atau berehat daripada bekerja.Sejak datang mando baru, nak ambek ngap pon tak sempat.[s«.dZA/ dA.tAN mAn.do bA.Äu nA/ Am.be/ NAp pon tA/ s«m.pAt]Sejak datang mandur baru, semua orang tidak ada masa untuk berehat.
pireh[pi.Äeh]kata adjektifparah, teruk (kerugian, penyakit dan lain-lain).Bile barang-barang naek harge, pireh kite dibuatnye.[bi.l« bA.ÄAN.bA.ÄAN nAe/ hAÄ.g« pi.Äeh ki.t« di.bu.wAt.ø«]Apabila barang naik harga, teruk kita semua dibuatnya.
sangkel[sAN.kel]kata adjektifkurang sedikit daripada yang diharap.Harap-harap telo ayam tu netas semue, tapi sayang, sangkel siket.[hA.ÄAp.hA.ÄAp t«.lo A.jAm tu n«.tAs s«.mu.w« tA.pi sA.jAN Harap-harap telur ayam itu menetas semua, tetapi sayang kurang sedikit.
12

Kembali ke atas