Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.sah] | سسه

Definisi : ; bersesah; ~ bertinju berpukul-pukul atau tinju-meninju (bergaduh dll); menyesah 1. memukul dgn benda yg melen­ting (rotan dll), menyebat, membelasah: dikejarnya budak itu dan disesahnya; 2. men­cuci (pakaian dll) dgn membanting-banting­kannya; bagai ~ kain dapat prb memakai barang (biasanya barang pinjaman) dgn sekehendak hati sahaja; bagai cendawan disesah prb perihal pucat lesi (muka dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.sah] | سسه

Definisi : ; menyesah 1 memukul dgn benda-benda yg keras dan panjang, spt rotan; menyebat. 2 mencuci pakaian dgn membanting-bantingkannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sesah
Kata Terbitan : menyesah,


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
sesah[s«.sAh]kata kerjamakan (bahasa kasar).Jangan sesah laok tu sampai abes, ingat orang belakang.[dZA.NAn s«.sAh lAo/ tu sAm.pAj A.bes i.NAt o.ÄAN b«.lA.kAN]Jangan makan lauk itu hingga habis, ingat orang yang belum makan

Kembali ke atas