meledang-ledang | [m«.le.dAN.le.dAN] | kata kerja | bersenang-senang atau bersantai. | Tak de keje petang-petang ni, meledang-ledang die. | [tA/ d« k«.dZ« p«.tAN.p«.tAN ni m«.le.dAN.le.dAN di.j«] | Tak ada buat apa-apa kerja sebelah petang, bersenang-senang sajalah dia. |
menggelitis | [m«N.g«.li.tis] | kata adjektif | berkenaan dengan gadis yang suka berjalan dengan tidak tentu tujuan. | Petang-petang mulelah anak dare tu menggelitis ke sane ke mari. | [p«.tAN.p«.tAN mu.l«.lAh A.nA/ dA.Ä« tu m«N.g«.li.tis ] | Petang-petang mulalah anak dara itu merayau ke sana ke mari dengan tidak tentu tujuan. |
getan | [g«.tAn] | kata adjektif | marah benar. | Getan aku nengok perangai kau yang tak senonoh ni. | [g«.tAn A.ku ne.No/ p«.ÄA.NAj kAw jAN tA/ s«.no.noh ni] | Marah benar aku melihat perangai engkau yang tidak senonoh ini. |
getan | [g«.tAn] | kata adjektif | marah benar. | Getan aku nengok perangai kau yang tak senonoh ni. | [g«.tAn A.ku ne.No/ p«.ÄA.NAj kAw jAN tA/ s«.no.noh ni] | Marah benar aku melihat perangai engkau yang tidak senonoh ini. |
beketuntang I | [b«.k«.tun.tAN] | kata kerja | 1. kelam kabut; kangkang kiyap I. | Beketuntang kawan nak siapkan keje rumah. | [b«.k«.tun.tAN kA.wAn nA/ si.jAp.kAn k«.dZ« Äu.mAh] | Kelam kabut saya hendak menyiapkan kerja rumah. |
beketuntang I | [b«.k«.tun.tAN] | kata kerja | 2. melonjak kegembiraan. | Bile dapat nombo satu beketuntang die. | [bi.l« dA.pAt nom.bo sA.tu b«.k«.tun.tAN di.j«] | Apabila mendapat nombor satu, dia melonjak kegembiraan. |
mantan | [mAn.tAn] | kata nama | kelapa yang belum berlemak dan digunakan untuk membuat inti kuih; congkel. | Tolong ambek kelapa mantan tu bang due bute, nak buwat kue koci. | [to.loN Am.be/ k«.lA.p« mAn.tAn tu bAN du.w«.bu.te nA/ ] | Tolong ambilkan dua butir kelapa mantan, nak buat kuih koci. |
beketuntang II | [b«.k«.tun.tAN] | kata adjektif berkenaan barang-barang yang terbiar dengan tidak tersusun atau tidak teratur; besele. | | Rimas nengok daponye dibiyakan beketuntang. | [Äi.mAs ne.No/ dA.po.ø« di.bi.jA.kAn b«.k«.tun.tAN] | Rimas apabila kita melihat dapurnya yang dibiarkan tidak tersusun dan tidak teratur. |
keleco-keleco | [k«.le.tSo.k«.le.tSo] | kata adjektif | suka bermanja. | Mentang-mentang tak de adek, perangai kau ni keleco-keleco aje. | [m«n.tAN.m«n.tAN tA/ d« A.de/ p«.ÄA.NAj kAw ni | Mentang-mentanglah tidak ada adik, perangai engkau ini suka bermanja sahaja. |
betatang | [b«.tA.tAN] | kata kerja | berdiri secara berderet-deret beramai-ramai dan tidak mahu duduk. | Orang tue-tue dok kat belakang, awak dok betatang kat depan. Tak reti dudok ke? | [o.ÄAN tu.w«.tu.w« do/ kAt b«.lA.kAN A.wA/ do/ b«.tA.tAN kAt | Orang tua duduk di belakang, kamu semua berdiri di hadapan. Tidak tahu dudukkah? |