begah | [b«.gAh] | kata adjektif | kenyang kerana terlebih makan dan minum; bentos, kebentak. | Macam mane tak begah perot, tige pinggan belom berenti. | [mA.tSAm mA.n« tA/ b«.gAh p«.Äot ti.g« piN.gAn b«.lom ] | Macam mana perut tidak terlalu kenyang, sudah makan tiga pinggan pun masih belum berhenti. |
bentos | [b«n.tos] | kata adjektif | kenyang kerana terlebih makan dan minum; begah, kebentak. | Sampai dah bentos baru teringat nak berenti. | [sAm.pAj dAh b«n.tos bA.Äu t«.Äi.NAt nA/ b«.Ä«n.ti] | Sampai dah kenyang makan dan minum baharu teringat hendak berhenti. |
kebentak | [k«.b«n.tA/] | kata adjektif | kenyang kerana terlebih makan dan minum; begah, bentos. | Bepade-pade makan tu, jangan sampai kebentak. | [b«.pA.d«.pA.d« mA.kAn tu dZA.NAn sAm pAj k«.b«n.tA/] | Makan itu biar berpada-pada, jangan sampai terlalu kenyang. |
kue terap | [ku.we t«.ÄAp] | | sejenis kuih yang dibuat daripada campuran tepung kacang hijau (yang telah digoreng minyak) dan gula halus yang diembunkan terlebih dahulu sebelum dicetak dan dijemur di tengah panas matahari, putu kacang; koye. | | | |
koye | [ko.j«] | kata nama | sejenis kuih yang dibuat daripada campuran tepung kacang hijau (yang telah digoreng tanpa minyak) dan gula halus yang diembunkan terlebih dahulu sebelum diterap dan dijemur di tengah panas matahari, putu kacang; kue terap. | | | |
bentat | [b«n.tAt] | kata adjektif | berkenaan kuih yang kurang naik kerana salah adunan atau lambat dimasak dan lain-lain. | Kek pisang tu bentat, terlebeh tepong. | [ke/ pi.sAN tu b«n.tAt t«.l«.beh t«.poN] | Kek pisang itu tidak cukup naik kerana terlebih tepung. |