kue kapet | [ku.we kA.pet] | | sejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras, santan, sedikit gula yang dikacau rata. Adunan tersebut dikapit lalu digoreng atau dibakar; opak belanda. | | | |
opak belanda | [o.pA/ b«.lAn.d«] | | sejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras, santan, sedikit gula dan dikacau rata. Adunan tersebut dikapit lalu digoreng atau dibakar; kue kapet. | | | |
bongkoh | [boN.koh] | kata nama | sejenis kuih daripada tepung gandum, pisang, kelapa parut dan sedikit gula yang digaul dengan air. Bahan tersebut dibungkus dengan daun pisang seperti membungkus tapai dan dikukus sehingga masak. | | | |
ntok-ntok | [nt/.nt/] | kata nama | sejenis makanan yang dibuat daripada kelapa parut, ketumbar, jintan, ikan bilis atau udang kering yang ditumbuk halus. Adunan tersebut digaul dengan kuning telur sebelum dibentuk bulat-bulat dan dicelup putih telur lalu digoreng. | | | |
getok | [g«.to/] | kata nama | sejenis kuih yang dibuat daripada ubi atau keladi atau pisang yang direbus dan kemudian ditumbuk, dicampur kelapa parut dan sedikit gula. Campuran tersebut dimasukkan dalam acuan, diratakan dan dibiarkan sejuk. | | | |
kole kacang | [ko.le kA.tSAN] | | sejenis kuih yang dibuat daripada tepung kacang hijau, santan dan gula yang dikacau hingga masak sebelum dituang ke dalam loyang. Apabila sejuk, kuih tersebut ditabur dengan tahi minyak sebelum dipotong. | | | |
bejah | [b«.dZAh] | kata nama | lauk khas untuk ibu yang baru bersalin seperti halia tumbuk, pati tumbuhan, daging atau hati lembu goreng dan lain-lain yang boleh dimakan dengan nasi. Lauk-lauk tersebut dianggap boleh memberi khasiat kepada ibu yang baru bersalin. | | | |
selayang pandang | [s«.lA.jAN pAn.dAN] | | sejenis kuih yang dibuat daripada tepung gandum yang diuli dan dicanai, disapu dengan minyak kacang dan tepung sagu. Adunan ini digulung ketat-ketat, dipotong dan digelek sebelum digoreng. Akhirnya gorengan tersebut ditabur dengan gula halus. | | | |