[ter.ting.gal] | ترتيڠݢل
Definisi : 1. terbiar pd tempatnya dll (kerana tidak dibawa sama, tidak hilang, dll): ia terpaksa pulang kerana khuatir akan anaknya yg sudah lama ~ di rumah; 2. terkebelakang (kerana tidak dapat mengejari atau menyaingi), tercicir: tidak berapa lama kemudian, hilanglah sudah kapal itu ~ di belakang; 3. terdapat sbg baki drpd sesuatu, tersisa: kerana banyak jemputan tidak hadir, banyak makanan yg ~ begitu sahaja; 4. terabai, terbengkalai: banyaklah kerja-kerja yg ~ kerana pekerja-pekerja baru itu tidak dapat menghabiskannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ter.ting.gal] | ترتيڠݢل
Definisi : 1 tercicir di belakang kerana tidak dpt menyaingi atau kerana tidak dpt mengejar: Dlm perlumbaan itu, Rosnah ~ di belakang sekali. 2 tidak dibawa bersama kerana terlupa; tercicir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)