Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ta.pi] | تتاڤي

Definisi : = akan ~ 1. kata penghubung utk menyatakan hal-hal yg agak berlawanan (bertentangan): budak itu pandai ~ pemalas; dia pemarah ~ hatinya baik; 2. (sungguhpun ...) namun: walaupun tua ~ ia masih kuat berjalan lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ta.pi] | تتاڤي

Definisi : 1 kata yg digunakan utk me­nyata­kan hal yg berlawanan atau bertentangan: Budak itu pandai ~ malas. 2 namun: Sungguhpun dia tua ~ masih kuat bekerja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tetapi (kata tugas)
Bersinonim dengan namun, sebaliknya, melainkan, kecuali.,

Puisi
 

Tak ada damar pasang lilin,
     Buat terang waktu malam;
Bukannya pandai bukannya alim,
     Tetapi tahu cara Islam.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Makan nasi suap-suapan,
     tetapi menyambut puan kosong.

Bermaksud :

Kahwin menurut adat perkahwinan biasa tetapi kemudian ternyata perempuan itu sudah bukan anak perawan lagi.

 

Lihat selanjutnya...(297)

35

A bird in the hand is worth a hundred flying

Sesuatu yang sudah dimiliki adalah lebih baik. Oleh itu, jangan dikejar sesuatu yang meskipun lebih baik tetapi belum pasti kita mendapatnya kerana takut-takut yang ada terlepas pula.

Mendengarkan guruh di langit, air tempayan dicurahkan

We decided simply to accept the offer even though it was not what we expected. People said that we might get better offers if we waited a little longer, but a bird in the hand is worth a hundred flying . Since the economy was in a bad shape, it was unwi

Kami memutuskan untuk menerima sahaja tawaran itu meskipun tidaklah seperti yang kami harapkan. Kata orang, kemungkinan ada tawaran yang lebih baik jika kami menunggu sedikit masa lagi, tetapi kami tidak mahu mendengarkan guruh di langit, air tempayan d

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(24)

Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
berenyeh[b«.Äe.øeh]kata adjektifberkenaan sakit yang sedikit tetapi berpanjangan.Saket si Ali tu berenyeh, sebab tu lah nampak lesu.[sA.ket si A.li tu b«.Äe.øeh s«.bAb tu lAh nAm.pA/ l«.su]Penyakit si Ali itu sedikit tetapi berpanjangan, sebab itulah dia kelihatan lesu.
melintap[m«.lin.tAp]kata adjektifkeadaan demam yang kuat tetapi belum sampai ke tahap meracau.Demam biyase aje, belom melintap.[d«.mAm bi.yA.s« A.dZ« b«.lom m«.lin.tAp]Dia demam biasa sahaja, belum demam kuat.
belantok[b«.lAn.to/]kata adjektifberkenaan makanan bermasak yang tersimpan lama tetapi belum basi.Sampai ati nasik belantok tu kau suruh aku makan.[sAm.pAj A.ti nA.si/ b«.lAn.to/ tu kAw su.Äoh A.ku mA.kAn]Sampai hati nasi yang sudah tersimpan lama itu engkau suruh aku makan.
soyok[so.jo/]kata namabahagian di pinggir rumah yang beratap dan berbentuk pisang sesikat tetapi tidak berdinding.Mak sebok masak di soyok.[mA/ se.bo/ mA.sA/ di.so.jo/]Emak sedang sibuk memasak di soyok.
selio[se.li.jo]kata adjektifjuling.Senyumnye manes, tapi sayang silio pulak.[s«.øum.ø« mA.nes tA.pi sA.jAN se.li.jo pu.lA/]Senyumnya manis, tetapi sayang juling pula
mereket[m«.Äe.ket]kata adjektifbadan, tumbuh-tumbuhan yang tidak mahu membesar atau segar.Pokok tu tumboh mereket.[po.ko/ tu tum.boh m«.Äe.ket]Pokok itu tumbuh tetapi tidak mahu membesar.
ampo[Am.p]kata namapermaidani; ampa.Tido atas ampo tu sedap tapi gatal.[ti.do A.tAs Am.poA tu s«.dAp tA.pi gA.tAl]Tidur di atas permaidani itu selesa tetapi berasa gatal.
ampa[Am.pA]kata namapermaidani; ampo.Tido atas ampa tu sedap tapi gatal.[ti.do A.tAs Am.pA tu s«.dAp tA.pi gA.tAl]Tidur di atas permaidani itu selesa tetapi berasa gatal.
kecipai[k«.tSi.pAj]kata adjektiftangkas, cepat.Nampak saje tuboh kecik tapi tangannye kecipai buat keje.[nAm.pA/ sA.dZ« tu.boh k«.tSi/ tA.pi tA.NAn.ø« k«.tSi.pAj Nampak sahaja tubuhnya kecil tetapi tangannya tangkas apabila membuat kerja.
bagi nak rak[bA.gi nA/ ÄA/] sehabis daya, beria-ia benar, bermati-matian.Mereke keje bagi nak rak, tapi upahnye siket.[m«.Äe.k« k«.dZ« bA.gi nA/ ÄA/ tA.pi u.pAh.ø« si.ket]Mereka bekerja sehabis daya tetapi upah yang diterima terlalu sedikit.
12

Kembali ke atas