Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tia.da] | تياد

Definisi : 1. tidak ada: rumah itu berkunci sahaja kerana ~ orang yg mendiaminya; 2. tidak: ~ pernah kudengar; ~ berapa tidak terlalu (banyak, besar, dll); ~ dua hanya satunya, tiada taranya atau ban­dingannya; dgn ~ tanpa; tiadakan tiada akan, tidak akan: jika tuan hamba manusia ~ kata-kata ini keluar drpd mulut tuan hamba; meniada 1. menjadi tidak ada; 2. enggan menurut, mengatakan tidak; meniadakan 1. = mempertiadakan meng-anggap (mengatakan dll) tidak ada atau tidak mungkin, mengingkari, memungkiri: kita tidak boleh ~ atau menganggap sepi masalah-masalah ini; menentang ajaran-ajaran agama Islam samalah spt ~ Tuhan; 2. menjadikan tidak ada, menghapuskan, menghilangkan, meluputkan: sudahlah dgn takdir Allah, yg ada ditiadakan dan yg tiada diadakan; kerana kekurangan guru bebe­rapa mata pelajaran terpaksa ditiadakan tahun ini; 3. membatalkan, memansuhkan, menghapuskan (kuasanya, haknya, dll); 4. mengabaikan, memperkecil: ~ kebolehan orang lain; peniadaan perihal meniadakan (meng­hapuskan, membatalkan, dll); ketiadaan 1. perihal tidak ada (sesuatu): ~ vitamin yg perlu dlm makanan boleh men­datangkan berbagai-bagai jenis penyakit; sukar bagi ahli-ahli sejarah mengkaji sejarah lama kerana ~ kesan-kesan yg bertulis; 2. perihal tidak mempunyai sesuatu, kepicikan (wang): menghadapi berbagai-bagai kesulitan kerana ~ wang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tia.da] | تياد

Definisi : 1 tidak ada: Bapanya ~ di rumah. Orang itu ~ di sini. 2 tidak: Dia ~ mengerti. meniadakan 1 menganggap atau menyifatkan tidak ada. 2 menjadikan tiada; menghilangkan; menghapuskan. ketiadaan 1 keadaan atau hal tidak ada sesuatu atau seseorang; ~nya membuat kami tertanya-tanya. 2 mengalami atau menderita tiadanya sesuatu; kekurangan: Mereka menanggung berbagai-bagai kesusahan kerana ~ wang. peniadaan perbuatan atau hal meniadakan; penghapusan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tiada
Kata Terbitan : meniadakan, peniadaan, ketiadaan,

Puisi
 

Hendak makan pinang tiada,
     Pinang ada di atas meja;
Ke sana tiada di sini tiada,
     Baru kutahu hatiku hampa.


Lihat selanjutnya...(121)
Peribahasa

Ibarat ayam: tiada mengais tiada makan.

Bermaksud :

Sangat miskin.

 

Lihat selanjutnya...(292)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
gelap-geligup[g«.lAp.g«.li.gup]kata adjektifgelap pekat.Malam ni tak ada bulan, gelap-geligup.[mA.lAm ni tA/ A.d« bu.lAn g«.lAp.g«.li.gup]Malam ini tiada bulan, gelap gelita.
sujo[su.dZo]kata adjektifkeadaan senyap sunyi khusus di dalam rumahPanggel-panggel, sujo aje, tak bejawap.[pAN.gel.pAN.gel su.dZo A.dZ« tA/ b«.dZA.wAp]Panggil-panggil, senyap sunyi sahaja, tiada jawapan.
jerabos[dZ«.ÄA.bos]kata adjektifberkenaan rambut atau bulu yang tidak kemas.Misai bejerabos ni, dah tak de pisau cuko ke?[mi.sAj b«.dZ«.ÄA.bos ni dAh tA/ d« pi.sAw tSu.ko k«]Misai yang tidak kemas ini disebabkan tiada pisau cukur ke?
junam[dZu.nAm]kata namaamaran untuk mensabitkan sesuatu kesalahan.Hari ni aku lepaskan kau tapi kau kene junam. Laen kali kalau belaku pekare macam ni tak de orang laen, kau yang kene.[hA.Äi ni A.ku l«.pAs.kAn kAw tA.pi kAw k«.n«  Hari ini aku lepaskan engkau, tetapi engkau diberikan amaran. Lain kali kalau berlaku perkara yang semacam ini, tiada orang lain engkaulah yang akan dituduh.

Kembali ke atas