Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj binatang yg hidup di air (berkulit keras, berkaki sepuluh, dan berekor); jenis-jenisnya: ~ galah, ~ geragau, ~ kara, ~ karang, ~ kertas, ~ laut, ~ laut lebar, ~ lubuk, ~ siar, dll; ~ kering udang yg dikeringkan; bongkok ~ melengkung badannya spt udang; kepala ~ ki bodoh benar; keropok ~ keropok yg dibuat drpd udang; pulut ~ sj makanan drpd pulut yg berintikan udang yg bercampur dgn kelapa yg diparut; ~ hendak mengata(i) ikan prb kesalahan orang lain tampak tetapi kesalahan sendiri tidak disedari; ~ merentak dlm tangguk prb orang yg tidak tetap laku dan kedudukannya; ~ tak tahu dibongkoknya prb orang yg tidak insaf dgn kekurangan diri sendiri; bagai ~ dlm tangguk prb a) menggeletek-geletek kerana kesukaan; b) dlm kesukaran; bagai ~ tahi di kepala prb banyak hutangnya; banyak ~ banyak garamnya, banyak orang banyak ragamnya prb kegemaran (kemahuan, fikiran, dll) tiap-tiap orang itu tidak sama; berudang ada udang, terdapat udang; ~ di balik batu prb ada sesuatu yg tersembunyi drpd yg dilahirkan dgn mulut atau dgn perbuatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata udang I

Puisi
 

Anak udang,
     udang juga,
Tak boleh dibuat anak tenggiri;
     Anak orang,
orang juga,
     Tak boleh dibuat anak sendiri.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Udang merentak dalam tangguk.

Bermaksud :

Tidak tenteram (gelisah, susah dan sebagainya). (Biasa juga: Udang dalam tangguk).

 

Lihat selanjutnya...(12)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
mi rebos joho[mi Ä«.bos dZo.ho] sejenis masakan mi yang dicelur dan dimakan bersama kuah pekat daripada air rebusan daging yang ditumis bersama bawang, taucu, udang kering dan sedikit rempah campak. Kuah ini lazimnya mengandungi daging lembu dan sedikit udang dan dipekatkan dengan santa   
pendaram[p«n.dA.ÄAm]kata namasejenis makanan daripada tepung gandum yang dicampur dengan udang pepai, hirisan bawang besar, daun kunyit, dan lada merah serta garam yang digaul bersama dan digoreng berbentuk bulat   
ntok-ntok[nt/.nt/]kata namasejenis makanan yang dibuat daripada kelapa parut, ketumbar, jintan, ikan bilis atau udang kering yang ditumbuk halus. Adunan tersebut digaul dengan kuning telur sebelum dibentuk bulat-bulat dan dicelup putih telur lalu digoreng.   
tepong bawang[t«.poN bA.wAN] sejenis kuih seperti karipap yang berintikan keledek yang telah dipotong dadu dan ditumis bersama udang kering dan bawang-bawang.   
pelas[p«.lAs]kata namasejenis lauk daripada kelapa muda yang diparut dan dicampur dengan rempah, kemudian dimasak bersama ikan atau udang sehingga mendidih.   
begedel[b«.g«.del]kata namasejenis makanan yang dibuat daripada kentang rebus yang dilecek, dibubuh kayu manis, bunga lawang, cengkih dan udang kering yang ditumbuk halus, daun saderi dan daun bawang digaul dengan kuning telur dibentuk bulat-bulat dan dicelup dalam putih telur dan   
sambal goreng[sAm.bAl go.ÄeN] sejenis makanan daripada tempe, tahu dan kacang panjang yang dipotong serong dan digoreng. Bawang, cili, halia dan sedikit bahan seperti hati ayam atau udang ditumis dan dimasukkan air asam, garam dan gula secukup rasa. Bahan gorengan tadi dimasakkan bers   

Kembali ke atas