Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.lang.u.lang] | اولڠ٢

Definisi : sj hiasan sanggul (drpd rangkaian bunga); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ulang-ulang

Puisi
 

Kalau jeruju bandar Siam,
     Siang-sianglah kok padi;
Kalau beralih tempat diam,
     Ulang-ulang mandi kini.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Anjing itu,
     meskipun dirantai dengan rantai emas,
nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis.

Bermaksud :

Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih, b. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya, c. Habis air setelaga, arang dibasuh tak putih).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
membokoh[m«m.bo.koh]kata kerjamakan berulang-ulang dengan banyak (bahasa kasar).Jangan asyek nak membokoh saje, nanti gemok gedempol.[dZA.NAn A.Se/ nA/ m«m.bo.koh sA.dZ« nAn.ti g«.mo/ ]Jangan asyik hendak makan sahaja, nanti gemuk.
angkat gelo[AN.kAt g«.lo] mengangkat dan meletak sesuatu secara berulang-ulang.Bola sebiji bolehlah kau angkat gelo, kalau gelas sedulang, jangan.[bo.lA s«.bi.dZi bo.leh.lAh kAw AN.kAt g«.lo kA.lAw g«.lAs s«.du.lAN dZA.NAn]Bola sebiji bolehlah engkau main angkat letak, kalau gelas sedulang, jangan.

Kembali ke atas