bubo som-som | [bu.bo som som] | | sejenis kuih daripada tepung beras yang dimasak bersama santan, sedikit garam dan beberapa helai daun pandan dan sebiji dua bunga cengkeh untuk perasa. Setelah pekat dituang dalam bekas atau acuan dan disejukkan untuk dimakan dengan air gula melaka atau g | | | |
pakwe | [pA/.w«] | kata nama | panggilan untuk bapa saudara. | Ajak le pakwe makan. | [A.dZA/ l« pA/.w« mA.kAn] | Jemputlah bapa saudara kamu makan. |
junam | [dZu.nAm] | kata nama | amaran untuk mensabitkan sesuatu kesalahan. | Hari ni aku lepaskan kau tapi kau kene junam. Laen kali kalau belaku pekare macam ni tak de orang laen, kau yang kene. | [hA.Äi ni A.ku l«.pAs.kAn kAw tA.pi kAw k«.n« | Hari ini aku lepaskan engkau, tetapi engkau diberikan amaran. Lain kali kalau berlaku perkara yang semacam ini, tiada orang lain engkaulah yang akan dituduh. |
tambol | [tAm.bol] | kata nama | hidangan ringan untuk tetamu pada waktu petang dan malam. | Ape tambol awak bawak petang ni. | [A.p« tAm.bol A.wA/ bA.wA/ p«.tAN ni] | Apa tambol awak bawa petang ini? |
gayo | [gA.jo] | kata adjektif | panjang (khususnya untuk isi ubi kayu). | Tanah tu baru bukak, padanlah isi ubi tu gayo. | [tA.nAh tu bA.Äu bu.kA/ pA.dAn.lAh i.si u.bi tu gA.jo] | Tanah itu baru dibuka, patutlah isi ubi itu panjang. |
ceting | [tS«.tiN] | kata nama | sejenis bakul untuk membasuh beras. | Ambek ceting, mak nak basoh beras ni. | [Am.be/ tS«.tiN mA/ nA/ bA.soh b«.ÄAs ni] | Ambilkan ceting, emak hendak basuh beras ini. |
bejah | [b«.dZAh] | kata nama | lauk khas untuk ibu yang baru bersalin seperti halia tumbuk, pati tumbuhan, daging atau hati lembu goreng dan lain-lain yang boleh dimakan dengan nasi. Lauk-lauk tersebut dianggap boleh memberi khasiat kepada ibu yang baru bersalin. | | | |
tekyan | [te/.jAn] | kata nama | wang yang tetapkan untuk setiap orang bagi mengadakan sesuatu majlis. | Nak nyambut mawlud nabi ni, kite pakat-pakat tekyanle. | [nA/ øAm.but mAw.lud nA.bi ni ki.t« pA.kAt.pA.kAt te/.jAn.le] | Hendak menyambut maulud nabi ni, kita berpakat tekyanlah. |
sepesen | [s«.pe.sen] | kata adjektif | berkelakuan ganjil untuk menarik perhatian. | Hari ni kawan kite tu sepesen aje, ade ape-ape ke? | [hA.Äi ni kA.wAn ki.t« tu s«.pe.sen A.dZ« A.d« A.p«.A.p« k«] | Hari ini kawan kita itu berkelakuan ganjil sahaja, ada apa-apakah? |
ngotem | [No.tem] | kata kerja | membuat kerja sambilan untuk menambah pendapatan. | Abang buat ngotem malam ini nak carik duet | [A.bAN bu.wAt No.tem mA.lAm i.ni nA/ tSA.Äi/ du.wet l«.bih] | Abang bekerja sambilan malam ini kerana hendak mendapatkan wang yang lebih. |