Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.ras] | وارس

Definisi : 1. sihat, sembuh (jasmani): dia tidak hendak masuk bekerja kerana kurang ~ rasa badannya; 2. sihat rohani (mental, ingatan); kurang (tidak) ~ akalnya (ingatannya, otaknya, fikirannya) bp gila; fikiran yg ~ fikiran yg sihat dan sempurna (dapat berfikir dgn baik); 3. berdasarkan taakulan (bkn pertimbangan, keputusan dsb), menurut pertimbangan atau fikiran yg wajar, rasional: keputusan itu dibuat mengikut pertimbangan yg saksama dan ~;mewaraskan mewajarkan tindakan, emosi dsb dgn memberikan penjelasan, fakta dsb yg logik atau dapat diterima akal, merasionalkan: sambil menghirup kopi, dia mencari-cari alasan bagi ~ tindakannya tidak pulang ke kampung selama itu; dia hanya diminta ~ fakta atau pandangan yg dikemukakan dlm rencananya; kewarasan perihal waras, keadaan sihat (tubuh), keupayaan berfikir (bkn otak atau fikiran); ketidakwarasan perihal atau keadaan tidak waras (tubuh, otak). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.ras] | وارس

Definisi : tidak sakit (bkn fikiran); dpt menggunakan akal fikiran: kurang ~ (akalnya, otaknya) gila; fikiran yg ~ fikiran yg sihat dan sempurna. kewarasan hal atau keadaan waras. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
waras (adjektif)
Bersinonim dengan sihat, sembuh, pulih, betah, baik, sempurna.,


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
pua[pu.wAâ]kata adjektiftidak waras, kurang sempurna akal.Jangan pecaye sangat budak ali tu, die ni pua sikit.[dZA.NAn p«.tSA.j« sA.NAt bu.dA/ A.li tu di.j« ni pu.wAâ si.kit]Jangan percaya sangat budak Ali itu, dia ini kurang waras.

Kembali ke atas