Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata yang-yang;

Puisi
 

Tanam ubi digali ubi,
     Gali ubi di tepi telaga;
Sudah banyak saya berbudi,
     Budi yang mana yang tuan suka?


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Gajah memamah aris,
     baik diikat kera kecil yang memakan buah kayu.

Bermaksud :

Daripada mengharapkan sesuatu yang besar yang tak mungkin didapati, lebih baik terima saja yang sedikit yang sudah ada di dalam tangan. aris = getah kayu yang sudah beku.

 

Lihat selanjutnya...(1000)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kelemet[k«.l«.met]kata namasejenis lepat dibuat daripada ubi yang diparut atau pisang masak yang dilecek yang digaul dengan gula merah atau gula pasir dan dibungkus dengan daun pisang dan dikukus; belebat.   
belebat[b«.l«.bAt]kata namasejenis lepat dibuat daripada ubi yang diparut atau pisang masak yang dilecek yang digaul dengan gula merah atau gula pasir dan dibungkus dengan daun pisang dan dikukus; kelemet.   
pecal[p«.tSAl]kata namasejenis lauk daripada ikan bakar yang diracik-racik dan dicampur dengan santan kelapa, cili padi yang ditumbuk, daun cekur yang dimayang atau ubi cekur yang ditumbuk. Kesemuanya bahan ini digaul dan tidak perlu dimasak semula.   
rempeyek tempe[Äem.pe.je/ tem.pe] sejenis makanan yang dibuat daripada tempe yang dipotong nipis dan dicelupkan dalam tepung beras yang bercampur santan dan rempah lalu digoreng.   
beriani gam[b«.Äi.jA.ni gAm] nasi beriani yang dimasak berlapis-lapis bersama daging yang telah digaul dengan rempah beriani. Nasi ini dimasak dengan periuk yang ditutup rapat dan digam kelilingnya dengan tepung yang telah diuli bersama air. Nasi ini dimasak dengan api yang amat sede   
tonjen[ton.dZen]kata namasejenis permainan kejar mengejar secara berkumpulan yang melibatkan seorang “ibu” yang akan mengejar kawan-kawan yang lain dan apabila tercuit oleh “ibu”, orang itu akan menggantikan “ibu”; maen jebat.   
maen jebat[mAen dZ«.bAt] sejenis permainan kejar-mengejar secara berkumpulan yang melibatkan seorang “ibu” yang akan mengejar kawan-kawan yang lain dan apabila tercuit oleh “ibu”, orang itu akan menggantikan “ibu”; tonjen.   
maen toke[mAen to.k«] sejenis permainan yang menggunakan kotak rokok lama dan duit yang dilemparkan dekat kotak. Sesiapa yang melempar paling dekat dengan kotak, dialah yang menang.   
gandang[gAn.dAN]kata adjektifriuh atau bising contohnya apabila seseorang atau beberapa orang bercakap dengan nada yang kuat yang boleh menimbulkan kebisingan.Salah siket gandang bunyi mulotnye.[sA.lAh si.ket gAn.dAN bu.øi mu.lot.ø«]Salah sedikit sahaja, riuh rendah dan bising bunyi mulutnya.
dare gembo-gembo[dA.Ä« g«m.bo g«m.bo] anak dara belasan tahun yang cantik.Kawan yang dah tue ni, nengok anak dare gembo-gembo, mahu juge tanggal songkok.[kA.wAn jAN dAh tuw« ni ne.No/ A.nA/ dA.Ä« g«m.bo.g«m.bo Saya yang dah tua ni, menengok anak dara belasan tahun yang cantik, mahu juga tanggal songkok.
12345678910...

Kembali ke atas