[me.nge.na.i] | مڠناءي
Definisi : 1. kena pd (matlamat, sasaran, dll): maka peluru meriam itu pun datang ~ segala orang Melaka, ada yg putus lehernya; diparangnya segala tombak itu habis putus-putus, sebilah pun tiada ~ dia; 2. menyentuh, bergesel dgn (sesuatu): hendaklah berhati-hati supaya wayar elektrik itu tidak ~ besi itu; 3. berkenaan (berkaitan, berhubungan) dgn, tentang: dlm buku kecil itu terdapat catatan-catatan penting ~ beberapa perkara; mereka mencari suatu penyelesaian ~ masalah tersebut; 4. menimpa: penyakit campak ini lebih kerap ~ kanak-kanak drpd orang dewasa; 5. Mn, bp bersetubuh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.nge.na.i] | مڠناءي
Definisi : 1 kena pd yg dituju: Batu yg dihumbankannya ~ kepala orang yg lalu di situ. 2 berkaitan dgn; berhubungan dgn; bersabit; tentang: Mereka mencari suatu penyelesaian ~ perkara tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)