[o.léh] | اوليه
Definisi : /oléh/ 1 kata sendi nama utk menunjukkan pelaku dlm ayat pasif: Daerah itu telah ditawan ~ musuh. 2 sebab; akibat: Orang itu mati ~ penyakit kepialu. 3 kepada; bagi: Tampak ~nya seorang tua berjalan-jalan. 4 dengan: Bakul itu sarat ~ buah-buahan. beroleh mendapat atau menerima sesuatu: Beliau telah ~ anak lelaki. memperoleh mendapat atau mencapai sesuatu dgn usaha: Kita telah ~ kemerdekaan tanpa menumpahkan darah setitik pun. perolehan 1 sesuatu yg diperoleh; hasil; pendapatan. 2 hal beroleh. pemerolehan hal atau cara memperoleh. pemeroleh pihak, orang dsb yg memperoleh sesuatu: Peraturan itu membolehkan pihak tsb memindahkan hak milik tanah kpd mana-mana ~ menerusi perakuan pemberian hak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[o.léh] | اوليه
Definisi : /oléh/; oleh-oleh sesuatu yg dibawa dr berpergian; buah tangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)