[per.ca.ka.pan] | ڤرچاکڤن
Definisi : 1. pertuturan: segala ~ dan tingkah lakunya telah menjadi beradat benar; 2. pembicaraan, perbualan, perundingan: kemudian drpd itu ~ antara kedua-duanya melarat kpd beberapa perkara yg lain; 3. apa-apa yg dicakapkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[per.ca.ka.pan] | ڤرچاکڤن
Definisi : 1 perbuatan atau hal bercakap; perbualan: ~ dan tingkah lakunya sopan dan tertib sekali. 2 apa-apa yg dipercakapkan: ~ mereka melarat dr satu perkara ke satu perkara hingga larut malam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)