[u.nit] | اونيت
Definisi : 1. kuantiti tertentu yg dijadikan sbg piawai ukuran (sukatan): Ringgit Malaysia ialah ~ mata wang Malaysia; 2. sesuatu yg dianggap sbg entiti tunggal yg lengkap: sebanyak 20 ~ rumah kos rendah sedang dibina; 3. bahagian atau kumpulan yg mempunyai fungsi khas dlm sesuatu organisasi: ~ rawatan jantung; ~ pemprosesan pusat (Komp) bahagian komputer yg berfungsi mengawal perjalanan keseluruhan komputer; ~ rawatan rapi unit di hospital yg memberikan rawatan dan penjagaan rapi yg berterusan kpd pesakit yg berada dlm keadaan kritikal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[u.nit] | اونيت
Definisi : 1 bahagian terkecil drpd sesuatu yg dpt berdiri sendiri. 2 kadar yg digunakan utk mengukur atau utk menyukat sesuatu; satuan. 3 bahagian atau kumpulan yg mempunyai fungsi khas dlm sesuatu organisasi: ~ rawatan jantung. ~ pemprosesan pusat ist bahagian komputer yg berfungsi mengawal perjalanan keseluruhan komputer. ~ rawatan rapi unit atau bahagian di hospital yg memberikan rawatan dan penjagaan rapi yg berterusan kpd pesakit yg berada dlm keadaan kritikal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)