paku tandok ruse | [pA.ku tAn.do/ Äu.s«] | | sejenis tumbuhan paku-pakis yang hidup menumpang di atas pokok lain. Daunnya lebar dan tumbuh ke atas, ia juga mempunyai daun yang panjang berbentuk seperti tanduk rusa dan berjuntaian ke bawah; sakat | lain. Daunnya lebar dan tumbuh ke atas, ia juga mempunyai daun yang | panjang berbentuk seperti tanduk rusa dan berjuntaian ke bawah; sakat | jurai |
tajak | [tA.dZA/] | kata nama | sejenis alat yang mempunyai batang berbentuk bulat atau segi empat dan mempunyai pisau tajak pada hunjungnya. Digunakan untuk menggali lubang, atau memotong tangkai buah kelapa sawit. | Kau nak buat lubang tu, pakai le tajak. | [kAw nA/ bu.wAt lu.bAN tu pA.kAj l« tA.dZA/] | Engkau hendak buat lubang itu, pakailah tajak. |
padi Bugis | [pA.di bu.gis] | | sejenis padi yang boleh tumbuh di tanah yang mempunyai sedikit air atau di tanah yang lembab. Padi ini besar dan bulat berbanding padi lain. | | | |
tebu lanjung | [t«.bu lAn.dZuN] | | sejenis tebu yang batangnya kurus tinggi, berwarna kehijauan dan mempunyai ruas yang panjang-panjang. | | | |
rumah ibu | [Äu.mAh i.bu] | | bahagian rumah yang paling besar yang mempunyai 6 tiang, biasanya mempunyai sebuah bilik tidur. | Bapak kau kalau buat rumah ibu, buat le bileknye sekali | [bA.pAk kAw kA.lAw bu.wAt Äu.mAh i.bu bu.wAt l« bi.le/.ø« s«.kA.li] | Bapak kau kalau buat rumah ibu, buatlah biliknya sekali. |
kepale tikau | [k«.pA.l« ti.kAw] | | bahagian hujung tikar yang mempunyai lipatan tebal. | Aku tengah buat kepale tikau. | [A.ku t«.NAh bu.wAt k«.pA.l« ti.kAw] | Aku sedang buat kapala tikar. |
tige sebandong | [ti.g« s«.bAn.doN] | | rumah yang mempunyai tiga bahagian iaitu rumah ibu, rumah tengah dan rumah dapur. | Wah besaunye rumah kau, tige sebandong! | [wAh b«.sAw.ø« Äu.mAh kAw ti.g« s«.bAn.doN] | Wah besarnya rumah kau, tiga sebandung! |
rumah dua sebandong | [Äu.mAh du.wA s«.bAn.doN] | | sejenis rumah yang mempunyai dua bumbung (puncak). Kedua-dua bahagian rumah itu pula dipisahkan oleh bahagian pelantar papan atau batang nibung. | Rumah dua sebandong ni rumah pusake. | [Äu.mAh du.wA s«.bAn.doN ni Äu.mAh pu.sA.k«] | Rumah dua sebandung ini rumah saka. |
pangse mude | [pAN.s« mu.d«] | | pangsa durian yang tidak mempunyai isi. | Aku ingatkan ada lagi, rupenye pangse mude. | [A.ku i.NAt.kAn A.d« lA.gi Äu.p«.ø« pAN.s« mu.d«] | Aku ingatkan ada lagi, rupanya pangsa muda. |
pisau tarek | [pi.sAw tA.Äe/] | | sejenis pisau menoreh pokok getah yang mempunyai mata di sebelah bawah yang digunakan secara menarik dari hujung ke pangkal carang (bekas torehan); ketam tarek, pahat tarek. | Pakai pisau tarek rase macam lebeh cepat noreh. | [pA.kAj pi.sAw tA.Äe/ ÄA.s« mA.tSAm l«.beh tS«.pAt no.Äeh] | Pakai pisau tarik terasa lebih cepat menoreh. |