terak | [t«.ÄA/] | kata adjektif | berkenaan isi mangkuk dan lain-lain yang penuh. | Belaklah, terabes ke engkau nasik sepinggan terak ni? | [b«.lA/.lAh t«.ÄA.bes k« «N.kAw nA.si/ s«.piN.gAn t«.ÄA/ ni] | Belaklah, terhabiskah engkau nasi sepinggan penuh ni? |
perari | [p«.ÄA.Äi] | kata kerja | bergotong-royong mengerjakan sawah, berderau. | Besok aku perari sawah die. | [be.so/ A.ku p«.ÄA.Äi sA.wAh di.j«] | Esok aku bergotong-royong di sawahnya. |
kerak | [ke.ÄA/] | kata kerja | menyerakkan bara api. | Nasik dah kereng, kerakkan api bawah tungku tu. | [nA.si/ dAh k«.ÄeN k«.ÄA/.kAn A.pi bA.wAh tuN.ku tu] | Nasi sudah kering, serakkan bara api di bawah tungku itu. |
pasak rasok tiang | [pA.sA/ ÄA.so/ ti.jAN] | | sejenis baji yang diperbuat daripada kayu dan digunakan bagi mengetatkan kedudukan rasuk pada tiang rumah. | Eh, pasangkan pasak rasok tiang tu, nanti longgau. | [eh pA.sAN.kAn pA.sA/ ÄA.so/ ti.jAN tu nAn.ti loN.gAw] | Eh, pasangkan pasak rasok tiang itu, nanti longgar. |
rateb jalan | [ÄA.teb dZA.lAn] | | upacara berzikir sambil berjalan sekeliling kampung selepas menuai padi. | Padi dah abes tuai, minggu depan boleh le kite rateb jalan. | [pA.di dAh A.bes tu.wAj miN.gu d«.pAn bo.leh l« ki.t« ÄA.teb dZA.lAn] | Padi sudah dituai, minggu hadapan bolehlah kita adakan upacara ratib jalan. |
matikan sementara | [mA.ti.kAn s«.m«n.tA.ÄA] | | mematikan anyaman tikar yang belum siap supaya tidak terburai. | Baek matikan sementara tikau ni. Lepas keje kawen nanti anyam balek. | [bAe/ mA.ti.kAn s«.m«n.tA.ÄA ti.kAw ni l«.pAs k«.dZ« kA.wen nAn.ti A.øAm bA.le/] | Baik dimatikan sementara anyaman tikar ini supaya tidak terburai. Lepas kenduri kahwin nanti dianyam semula. |
gerago | [g«.ÄA.go] | kata nama | panggilan bagi orang yang berketurunan Portugis Melaka. | | | |
bederak | [b«.d«.ÄA/] | kata adjektif | berkenaan kain yang koyak besar atau rabak. | Kaen pelekat ni baru lagi mak kasi, dah bederak kau pakai. | [kAen p«.le.kAt ni bA.Äu lAgi mA/ kA.si dAh | Kain pelekat ini baru lagi emak kasi, sudah rabak engkau pakai. |
buloh rabong | [bu.loh ÄA.boN] | | sejenis buluh berwarna kehitaman yang digunakan untuk membuat rangka layang-layang. | | | |
keladi Serawak | [k«.lA.di s«.ÄA.wA/] | | sejenis pokok keladi yang pelepahnya berwarna hijau. Saiz keladi ini kira-kira sebesar telur ayam dan berbentuk bujur. Keladi ini bergugus dan isinya berwarna putih seperti nasi dan hanya boleh direbus; keladi telor. | | | |