| keladi Serawak | [k«.lA.di s«.ÄA.wA/] | | sejenis pokok keladi yang pelepahnya berwarna hijau. Saiz keladi ini kira-kira sebesar telur ayam dan berbentuk bujur. Keladi ini bergugus dan isinya berwarna putih seperti nasi dan hanya boleh direbus; keladi telor. | | | |
| melilit | [m«.li.lit] | kata adjektif | sangat malas membuat kerja; kelebang. | Anak sulong die tu, padah melilit baju sendiri pon tak nak basoh. | [A.nA/ su.loN di.j« tu pA.dAh m«.li.lit bA.dZu s«n.di.Äi pon tA/ nA/ bA.soh] | Anak sulungnya itu sangat malas, baju sendiri pun tidak mahu basuh. |
| kenak | [k«.nA/] | kata adjektif | berkenaan orang yang boleh atau mudah dibawa berunding atau baik hati. | Setakat ni, die tu kenaklah, selalu nolong kite. | [s«.tA.kAt ni di.j« k«.nA/.lAh s«.lA.lu no.loN ki.t«] | Setakat ini, dia boleh dibawa berunding, selalu menolong kita. |
| sekerap batang | [s«.k«.ÄAp bA.tAN] | | skrap yang terdapat pada pangkal pokok-pokok getah dan bercampur dengan tanah. Ia terjadi apabila susu getah yang mengalir pada bekas torehan terlencung lalu meleleh turun hingga berkumpul di atas tanah lalu membeku; sekerap tanah. | Sekerap batang kalau tebal, senang kopek. | [s«.k«.ÄAp bA.tAN kA.lAw t«.bAl s«.nAN ko.pe/] | Skrap batang kalau tebal, senang dikopek. |
| temiko | [t«.mi.ko] | kata nama | bekas yang menyerupai perahu kecil dibuat daripada upih pinang yang berisikan sajian seperti telur, bertih dan sebagainya yang dihanyutkan di sungai atau di laut atau diletakkan di pangkal pokok di hutan. Amalan ini dipercayai oleh sesetangah orang boleh mengubati penyakit, ancak. | Tak payah le buang temiko lagi, bedose. | [tA/ pA.jAh l« bu.wAN t«.mi.ko lA.gi b«.do.s«] | Tak payahlah buang temiko lagi, berdosa. |
| seligan-ligan | [s«.li.gAn.li.gAn] | kata tugas | kesemuanya. | Seligan-ligan die angkot masok lori. | [s«.li.gAn.li.gAn di.j« AN.kot mA.so/ lo.Äi] | Kesemuanya dia angkut masuk ke dalam lori. |
| seri rumah | [s«.Äi Äu.mAh] | | upacara yang dilakukan oleh tuan rumah sebelum menduduki rumah yang baru siap dibina. Sedikit bahan-bahan asas kehidupan seperti gula, kopi, beras, asam, tepung dan garam diletakkan di hadapan pintu utama rumah. Selepas tujuh hari baru boleh disapu. Tujuannya adalah untuk menaikkan seri rumah dan agar murah rezeki; semangat rumah | Kau nak masok rumah baru tu, dah buat seri rumah ke belom? | [kAw nA/ mA.so/ Äu.mAh bA.Äu tu dAh bu.wAt s«.Äi Äu.mAh k« b«.lom] | Engkau hendak tinggal di rumah baru itu, sudah buat seri rumahkah atau belum? |
| selasau | [s«.lA.sAw] | kata nama | tempat meletakkan hidangan di luar rumah yang diperbuat daripada buluh atau kayu khususnya sewaktu majlis perkahwinan dan lain-lain; penanggah. | Pasangle selasau nanti laok kena panas. | [pA.sAN.l« s«.lA.sAw nAn.ti lAo/ k«.nA pA.nAs] | Pasanglah selasar nanti lauk terkena panas. |
| semangat rumah | [s«.mA.NAt Äu.mAh] | | upacara yang dilakukan oleh tuan rumah sebelum menduduki rumah yang baru siap dibina. Sedikit bahan-bahan asas kehidupan seperti gula, kopi, beras, asam, tepung dan garam diletakkan di hadapan pintu utama rumah. Selepas tujuh hari baru boleh disapu. Tujuannya adalah untuk menaikkan seri rumah dan agar murah rezeki; seri rumah | Kau nak masok rumah baru tu, dah buat semangat rumah ke belom? | [kAw nA/ mA.so/ Äu.mAh bA.Äu tu dAh bu.wAt s«.mA.NAt Äu.mAh k« b«.lom] | Engkau hendak tinggal di rumah baru itu, sudah buat seri rumahkah atau belum? |
| selongket | [s«.loN.ket] | kata kerja | membongkar tanaman, terutama yang dilakukan oleh haiwan. | Abes keledek aku kat kebon, kene selongket babi. | [A.bes k«.le.de/ A.ku kAt k«.bon k«.n« s«.loN.ket bA.bi] | Habis keledek aku di kebun, dibongkar oleh babi. |