tejeromo | [t«.dZ«.Äo.mo] | kata kerja | terserempak. | Die keluau aje pintu rumah, terus aje tejeromo dengan aku. | [di.j« k«.lu.wAw A.dZ« pin.tu Äu.mAh t«.Äus A.dZ« t«.dZ«.Äo.mo d«.NAn A.ku] | Dia keluar sahaja dari pintu rumah, terus terserempak dengan aku. |
begonjeng | [b«.gon.dZeN] | kata kerja | bergaduh antara adik-beradik. | Begonjeng aje kejenye. | [b«.gon.dZeN A.dZ« k«.dZ«.ø«] | Bergaduh sahaja mereka. |
melangsang | [m«.lAN.sAN] | kata kerja | melakukan aktiviti lasak yang tidak berfaedah. Contohnya kanak-kanak pergi bermain-main ke dalam semak atau ke dalam sawah terbiar dan sebagainya; menyelanak. | Melangsang aje keje engkau, kan dah dekat pekse. | [m«.lAN.sAN A.dZ« k«.dZ« «N.kAw kAn dAh d«.kAt pe/.s«] | Melansang sahaja kerja engkau ini, kan dah nak periksa. |
menyelanak | [m«.ø«.lA.nA/] kata kerja | kata kerja | 1. melakukan aktiviti lasak yang tidak berfaedah. Contohnya kanak-kanak pergi bermain-main ke dalam semak atau ke dalam sawah terbiar dan sebagainya; melangsang. | Menyelanak aje keje engkau, kan dah dekat pekse. | [m«.ø«.lA.nA/ A.dZ« k«.dZ« «N.kAw kAn dAh d«.kAt pe/.s«] | Menyelanak sahaja kerja engkau ini, kan dah nak periksa. |
jerok antu | [dZ«.Äo/ An.tu] | | buah durian yang gugur pada peringkat awal yang busuk sepenuhnya. | Andau aje aku kutep bawak balek, bile kopek jerok antu. | [An.dAw A.dZ« A.ku ku.tep bA.wA/ bA.le/ bi.l« ko.pe/ dZ«.Äo/ An.tu] | Sia-sia sahaja aku kutip bawa balik, apabila dikopek, buah durian itu busuk sepenuhnya. |
jelat | [dZ«.lAt] | kata adjektif | 1. degil; himol, baut. | Kau ni jelat betol. | [kAw ni dZ«.lAt b«.tol] | Kau ni degil betul. |
majeles gantong-gantong | [mA.dZ«.les gAn.toN.gAn.toN] | | majlis membuat persiapan di dalam rumah (seperti memasang langsir dan lain-lain, serta majlis doa selamat) sebelum hari perkahwinan oleh keluarga terdekat pengantin. | Rumah aku petang ni majeles gantong-gantong datang le! | [Äu.mAh A.ku p«.tAN ni mA.dZ«.les gAn.toN.gAn.toN dA.tAN l«] | Di rumah aku petang ini ada majlis gantung-gantung, datanglah! |
boko | [bo.ko] | kata kerja | makan; sepah, tedas. | Keje malas, boko aje tahunye! | [k«.dZ« mA.lAs bo.ko A.dZ« tA.hu.ø«] | Kerja malas, makan sahaja tahunya! |
jurai-jemarai | [dZu.ÄAj.dZ«.mA.ÄAj] | kata adjektif | berkenaan pakaian atau rambut seseorang yang tidak terurus. | Panjang sangat rambot kau ni, jurai-jemarai aku tengok. | [pAn.dZAN sA.NAt ÄAm.bot kAw ni dZu.ÄAj.dZ«.mA.ÄAj A.ku te.No/] | Panjang sangat rambut engkau ini, tidak terurus aku tengok. |
melahau | [m«.lA.hAw] | kata kerja | menangis dengan kuat, melalak. | Ape keje budak ni, asyek melahau aje. | [A.p« k«.dZ« bu.dA/ ni A.Se/ m«.lA.hAw A.dZ«] | Asyik melalak sahaja budak ini. |