Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
mudah (adjektif)
Bersinonim dengan senang, enteng, gampang, ringan, lancar, ringkas, kecil, lekeh, ganyir, suang, lasuh, lancar;,
Kata Terbitan : bermudah-mudah, memudahkan, mempermudah, kemudahan, pemudah,

Puisi
 

Jangan mudah bunga sudah,
     Bunga serupa dengan daun;
Jangan mati kehendak mudah,
     Hilang bulan berganti tahun.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Mudah terbelingut bagai pisau belik.

Bermaksud :

Mudah tersinggung dan berkecil hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Mudah bengkok bagai parang timah). terbelingut = terpelecok; belik = tin, timah.

 

Lihat selanjutnya...(90)

480

Practice makes perfect

Perkara yang sukar akan menjadi mudah, dan akhirnya kita menjadi mahir jika kita berlatih selalu dan sering melakukannya.

Alah bisa tegal biasa

''Do not despair. I know that this sport is not easy, but if you train hard, surely you will become a better player. Remember practice makes perfect,'' the coach said to the young talent.

''Jangan berputus asa. Saya tahu yang sukan itu bukan mudah tetapi kalau kamu berlatih bersungguh-sungguh, tentu kamu akan menjadi lebih handal. Ingat, alah bisa tegal biasa,'' kata si jurulatih kepada bakat muda itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(45)

Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
kenak[k«.nA/]kata adjektifberkenaan orang yang boleh atau mudah dibawa berunding atau baik hati.Setakat ni, die tu kenaklah, selalu nolong kite.[s«.tA.kAt ni di.j« k«.nA/.lAh s«.lA.lu no.loN ki.t«]Setakat ini, dia boleh dibawa berunding, selalu menolong kita.
hanggah-hanggeh[hAN.gAh.hAN.geh]kata adjektifberkenaan sesuatu yang hampir tercabut dan mudah digoyang-goyangkan.Gigi kau tu dah hanggah-hanggeh, cabot aje le.[gi.gi kAw tu dAh hAN.gAh.hAN.geh tSA.bot A.dZ« l«]Gigi kau tu dah hanggah-hanggeh, cabut sahajalah.
ale bangke[A.le bAN.k«] sejenis alat yang diperbuat daripada besi panjang yang pada satu hujung berbentuk seperti mata pahat, dan pada hujung yang satu lagi mempunyai bentuk yang bercabang dan melengkung. Alat ini boleh digunakan untuk mengopek kulit pokok kayu dan mencabut paku dengan mudah.Paku ni besau, umpil le paku ni gune ale bangke.[pA.ku ni b«.sAw um.pil l« pA.ku ni gu.n« A.le bAN.k«]Paku ini besar, gunakanlah ale bangke untuk mencabutnya.

Kembali ke atas