Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata

Puisi
 

Tahan punai kena merbuk,
     Merbuk bersarang di kayu jati;
Dah tahu benda tu mabuk,
     Sahaja nak cari mati.


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
betujai-tujai[b«.tu.dZAj.tu.dZAj]kata adjektifberturut-turut.Musem cuti, betujai-tujai orang panggel.[mu.sem tSu.ti b«.tu.dZAj.tu.dZAj o.ÄAN pAN.gel]Musim cuti, betujai-tujai orang panggil.
cangap[tSA.NAp]kata adjektifterngangaCangap aje mulot budak tu, nak makan le tu.[tSA.NAp A.dZ« mu.lot bu.dA/ tu nA/ mA.kAn l« tu]Ternganga sahaja mulut budak tu, nak makan agaknya.
mengenak[m«.Ne.nA/]kata kerjaberjalan dengan cepat sehingga punggung nampak bergoyang-goyang biasanya bagi orang perempuan yang berpunggung besar.Mengenak aje Mak Minah tu, nak cepat le tu.[m«.Ne.nA/ A.dZ« mA/ mi.nAh tu nA/ tS«.pAt l« tu]Mengenak saja Mak Minah, nak cepatlah tu.
mereceh taik[m«.Ä«.tSeh tA.i/] membuang najis di merata tempat. Misalnya dilakukan oleh orang tua yang telah uzur atau anak-anak kucing.Orang tue tu dah mereceh taik, ari-ari kene beresehkan.[o.ÄAN tu.w« tu dAh m«.Ä«.tSeh tA.i/ A.Äi.A.Äi k«.n« b«.Ä«.seh.kAn]Orang tua itu dah mereceh taik, hari-hari perlu dibersihkan.
gingau[gi.NAw]kata kerjamenengok atau mencari benda-benda yang tersorok.Cube kau gingau bawah dapo tu, ade ke parang tu?[tSu.b« kAw gi.NAw bA.wAh dA.po tu A.d« k« pA.ÄAN tu]Cuba engkau cari di bawah dapur, ada tak parang itu?
mengkal-mengkel[m«N.kAl.m«N.kel]kata tugaskeadaan melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh.Orang tue tu mengkal-mengkel nyangkol kat kebon, anak die siket tak tolong.[o.ÄAN tu.w« tu m«N.kAl.m«N.kel øAN.kol kAt k«.bon A.nA/ di.j« si.ket tA/ to.loN]Oorang tua itu menyangkul bersungguh-sungguh di kebun, anaknya sedikit pun tak menolong.
tepelanteng[t«.p«.lAn.teN]kata kerjamemberi barang-barang atau wang kepada seseorang atas dasar belas kasihan.Takde le kau tepelanteng orang tue tu singget due.[tA/.d« l« kAw t«.p«.lAn.teN o.ÄAN tu.w« tu siN.get du.w«]Tidak bolehkah engkau beri orang tua itu wang seringgit atau dua ringgit.
menyungko[m«.øuN.ko]kata kerjamenangkap udang geragau dengan menggunakan sungkur.Kalau tebongkok-bongkok tu tengah menyungko le.[kA.lAw t«.boN.kok.boN.ko/ tu t«.NAh m«.øuN.ko l«]Kalau terbongkok-bongkok tu tengah menyungkolah tu.
labas[lA.bAs]kata adjektifberkenaan ruang biasanya rumah yang terbuka luas disebabkan penghalangnya yang telah tercabut atau hilang.Bila dindeng tu dah tak ade, labas bilek tu.[bi.l« din.deN tu dAh tA/ A.d« lA.bAs bi.le/ tu]Apabila dinding itu sudah tiada, bilik itu kelihatan luas.
mengangkop[m«.NAN.kop]kata adjektifberkenaan orang atau haiwan yang tercungap-cungap kerana sangat keletihan atau sakit teruk, nazak atau tidak cukup udara.Napas pon dah mengangkop, tak de harapan le orang tue tu.[nA.pAs pon dAh m«.NAN.kop tA/ d« hA.ÄA.pAn l« o.ÄAN tu.w« tu]Nafas pun sudah mengangkop, tidak ada harapanlah orang tua itu.
12345678910...

Kembali ke atas